Buletin

RM90K UNTUK HONDA CIVIC EK COUPE MILEAGE 16K? MAHAL KE MURAH?

Kegilaan Honda Civic purba bukanlah setakat berkisar di Malaysia, ia adalah fenomena di seluruh dunia. Walaupun versi siap ubahsuai 300hp harganya syirik, tapi sebenarnya Civic yang paling mahal bukanlah jenis yang diubahsuai untuk kuasa semata-mata.

Kereta paling asli, paling original, paling standard merupakan rebutan pembeli.

BACA: CIVIC EK COUPE DARI PENANG

Harga kereta standard piang EG6 dan EK9 tanpa sebarang pengubahsuaian boleh jadi sama saja waktu harga kereta tersebut dijual baru dulu.

Ya. itulah harganya sekarang.

Honda Civic EG dan EK belum sampai status klasik pun. Tapi harga terpakai bagi versi asli memang sangat luar biasa.

Disebabkan laman web lelong Jepun dah semakin mencarut harga body EK dua pintu asli (tak semestinya EK4/EK9 pun), Abang Japar semenjak dua menjak ni macam rajin pula melayar laman web di Amerika.

Dan seperti yang kita ketahui, Amerika tidak ada EK9 atau EK4. Cuma ia lebih istimewa ada EK coupe dengan enjin B16A. Ia tidak dipanggil EK4 pun sebab kereta ini memang dipasang oleh Honda Amerika.

Kelmarin, terserempak dengan EK coupe ni di laman web lelong Bring a Trailer. Ia model Si atau dikenali Civic Si. Di Amerika, sama seperti siri Si FK8 yang merupakan satu tangga di bawah hierarki FK8R, Civic Si ini satu tangga di bawah EK9 JDM.

Atau lebih mudah nak faham, ia adalah EK coupe dengan enjin B16A khusus pasaran Amerika. Ia dkenali dengan kod badan EM1. Enjin B16A ini pun sedikit berbeza talaannya lebih rendah berbanding B16A JDM. 

Tapi bukan itu yang Abang Japar nak cerita. 

Ini adalah model terakhir Civic EK keluaran tahun 2000 dengan kondisi yang sangat cemerlang untuk sebuah kereta yang dah berumur 12 tahun.

Perbatuannya juga sangat rendah. Cuma 16,800km! (10,439 batu)

Jika itu boleh buat korang terkejut, lelongan kereta ini juga mencatat harga bidaan yang luar biasa.

USD$22,750 atau hampir RM90,000.

BACA: CIVIC EK IDAMAN MUDA-MUDI

Sebagai perbandingan, harga sebuah Civic Si baru 2018 di Amerika ialah USD$23,000. Dah nak sama dengan harga kereta baru!

Pada kita, ia mungkin murah atau munasabah. Tapi di Amerika, kereta ini tidaklah rare mana pun. Ia banyak, cuma menemuinya dalam kondisi begini memang susah.

Berkemungkinan besar ia dibeli oleh pengumpul atau batak Honda.

APA YANG ISTIMEWA?

Kereta ini juga datang dengan transmisi manual lima kelajuan dan sejak dibeli oleh pemilik pertamanya, ia masih dalam keadaan asli. Tiada kemalangan dan cat badan kereta ini juga masih asli dan cantik.

Rimnya juga asli empat lubang (EK9 JDM versi facelift sudah pakai 5 lubang).

Bahagian dalamannya masih asli, malah set audio asal Honda AM/FM/CD masih berfungsi dengan baik. 

Enjin B16A asal juga dalam keadaan asal dan menurut pemilik lamanya, tali sawat (timing belt) pun masih asli belum ditukar. Kereta ini masih dihantar ke pusat servis Frank Fletcher Honda di Bentonville, Arkansas dan seperti laporan yang diberi, ia melepasi pemeriksaan kenderaan terkini pada 2017.

Kira macam puspakom lah, tapi yang ini, wajib bagi setiap kereta di Amerika.

Bahagian bawah kereta juga masih berkilat, eksoznya juga asli dan semua suspensi, bushing, tetulang dan linkage masih asli tanpa sebarang penyelenggaraan atau modifikasi.

Nasib baik kereta ni kat Amerika, Kalau kat Malaysia mesti harga lepas siling, bumbung dan sampai ke puncak menara dah ni.

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”155″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

 

 

Google ads
Back to top button