ROGUE WARRIOR

SHARE

Selepas mendedahkan Titan Warrior, Nissan memperkenalkan satu lagi model Warrior. Diperkenalkan pada Montreal International Auto Show,  Rogue Warrior berani meredah musim sejuk Kanada dengan senjata rahsianya.

nissan-rogue-warrior-mekanika (1)

Model Rogue Warrior merupakan produk terlaris Nissan di Kanada. Jentera tersebut telah ditransform kepada prototaip lebih ekstrem. Dibangunkan sebagai jentera kerja berat salji, Rogue Warrior memiliki  ukuran tinggi 76cm, panjang 122cm dan lebar 38cm.

Model itu dilengkapi sistem trek salji penuh yang menukarnya kepada mesin crossover salji. Tayar digantikan dengan trek salji memberikan kelebihan kepada Rogue Warrior menakluk pelbagai keadaan permukaan bumi.

nissan-rogue-warrior-mekanika (6)

Nissan membangunkan Rogue Warrior khusus untuk mengendalikan permukaan salji. Jentera itu mampu mencapai kelajuan 100km/j,  mendaki cerun salji 45 darjah dan memiliki kelegaan tanah 50cm.

Crossover itu berdiri di atas trek Dominator daripada American Track Truck.  Dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD), Nissan menyatakan ia mampu menyesuaikan diri dengan permukaan jalan 30 kali lebih pantas.

nissan-rogue-warrior-mekanika (7)

Modifikasi keseluruhan Rogue Warrior dilakukan oleh Quebec-Motorsports in Action (MIA).  Selain daripada trek, pengubahsuaian turut dilakukan pada bahagian suspensi, snow guard yang dikustom dan sedikit talaan badan untuk memberikan ruang yang lebih pada bahagian trek.

Transmisi  Xtronic masih kekal tanpa sebarang perubahan.

Tonton video:

Share this post

scroll to top