Buletin

ROLLS-ROYCE TUTUP PEJABAT DAN KILANG LEBIH AWAL – BERI PELUANG PEKERJA TONTON PIALA DUNIA 2018

Rolls-Royce Motor Cars dilapor menutup operasi ibu pejabat dan kilangnya lebih awal semalam bagi memberi peluang para pekerja menonton perlawanan bola sepak di antara pasukan England dan Croatia.

Dalam langkah yang tidak dijangka untuk sehari sahaja itu, semua produksi di Home of Rolls-Royce di Goodwood akan dihentikan.  

“Keluarga Rolls-Royce sememangnya pelbagai dan kosmopolitan. Kami mempunyai kakitangan dengan hampir 50 kerakyatan di Home of Rolls-Royce,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rolls‑Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös.

“Namun, sebagai sebuah syarikat Britain yang berpangkalan di Barat Sussex, kami rasa perlu dan wajar untuk menghargai pencapaian pasukan England.

“Apabila pejabat dan kilang ditutup lebih awal, para pekerja berpeluang untuk menonton perlawanan dan berkongsi rasa bangga atas pencapaian pasukan England setakat ini.”

Pasukan England layak ke pusingan separuh akhir selepas berjaya mengalahkan Sweden 2-0.  

Google ads
Back to top button