Buletin

Rools-Royce Wraith

Pencabar model Bentley Continental GT ini disifatkan sebagai jentera paling berkuasa dan dinamik pernah dihasilkan dalam sejarah Rolls-Royce.

Pada pameran Geneva Motor Show 2013 yang lalu, pengeluar kenderaan ultra mewah, Rolls-Royce Motor Cars telah melakukan debut dunia model Wraith.

Rools-Royce-Wraith-2

Dilihat dari segi profailnya, Wraith mengetengahkan reka bentuk fastback yang terkenal sekitar tahun 1930-an. Jentera ini menggunakan khidmat enjin V12 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 624hp dan dipadankan dengan kotak gear ZF lapan kelajuan.

Pecutan dari 0 hingga 60mph mampu dicapai dalam tempoh 4.4 saat sahaja. Berbanding model Ghost yang berkuasa  563 bhp / 420kW dengan pecutan 0-60 dalam masa 4.7 saat. Maka, tidak hairanlah jika Rolls-Royce menyifatkan Wraith sebagai jentera paling pantas dan berkuasa yang pernah dihasilkannya.

Rools-Royce-Wraith-3

Bukan itu sahaja, Wraith turut dilengkapi oleh teknologi automotif termaju. Misalnya, system Satellite Aided Transmission (SAT) yang menggunakan data GPS untuk menjangkau penglihatan pemandu.

SAT berfungsi dengan meramal tindakan pemandu yang seterusnya berdasarkan kepada lokasi dan corak pemanduan terkini, kemudian memilih kedudukan gear paling sesuai untuk laluan di hadapan.

“Hari ini kami melancarkan gran tourismo yang sebenar untuk lelaki sejati. Sebuah kereta yang menjelmakan semangat pengasas jenama ini, Charles Stewart Rolls,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös.

Rools-Royce-Wraith-4

Wraith dilihat sebagai pencabar utama kepada model Bentley Continental GT Coupe. Walaupun harganya adalah jauh lebih mahal berbanding model tersebut. Di pasaran Eropah, Wraith ditawarkan pada harga sekitar euro 245,000 (RM992,817) seunit. Penghantarannya akan bermula pada suku terakhir 2013

“BMW Group hari ini mengulangi komitmen penuhnya terhadap masa depan Rolls-Royce. Wraith sememangnya satu penambahan yang mengagumkan ke dalam rangkaian produk Rolls-Royce sedia ada,” kata Pengerusi Rolls-Royce dan ahli lembaga BMW Group, Harald Krüger. – Newspress

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

Rools-Royce-Wraith-5Rools-Royce-Wraith-6Rools-Royce-Wraith-7Rools-Royce-Wraith-8Rools-Royce-Wraith-9

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button