Buletin

ROTOBOX, RIM KARBON AFTERMARKET UNTUK SUPERBIKE

Apa yang buat sesebuah motosikal berkuasa tinggi tu nampak menarik sudah tentulah rekabentuknya. Sejak pengeluar mula melabur menggunakan bahan yang premium, gentian karbon adalah penanda aras baru. Ia bukan sahaja ringan malah kukuh dan sangat cantik.

Gentian karbon adalah revolusi dalam industri pembuatan. Tapi kini jadi sebahagian daripada tumpuan aksesori dan kosmetik. Lihat sahaja pada produk seperti helmet, fairing motosikal, jaket dengan pad karbon dan juga rim. Rim? Ya.

BACA: BMW HP4 KARBON SEPENUHNYA

BACA: KAWASAKI H2 EDISI KHAS GENTIAN KARBON

Rotobox adalah nama baru dalam industri ini. Mungkin ramai yang tak pernah dengar pun. Tak seperti Marchesini, BST dan Dymag. Bagaimanapun, Rotobox lahir dari sebuah negara kecil yang terkenal dengan sistem ekzos terbaiknya-Akrapovic, mana lagi kalau bukan Slovenia.

Produk ini dihasilkan menerusi proses karbon yang diperkuatkan dengan plastik (carbon fiber reinforced plastic-CFRP) yang dipasangkan pada hub buatan aluminium. Gentian karbon diadun menggunakan teknologi Resin Transfer Molding (RTM) dan potongan  CNC untuk bahagian alumniumnya.

Selain itu, “bibir” rim ini dilengkapi jejalur keluli 2.5mm untuk mengelakkannya tercalar sewaktu proses buka-pasang tayar.

Mereka tawarkan banyak pilihan kepada pembeli, termasuklah rim untuk suspensi jenis single arm. Bagi ukuran biasa untuk roda 3.50/17 depan dan 6.00/17 belakang, purata berat kedua-dua roda tidak melebihi 6.6 kilogram.

Bagaimana dengan kualiti? Ia melepasi tahap ujian US D.O.T di Amerika dan piawai JWL Jepun. Model yang anda lihat ini dikenali dengan RBX2, merupakan standard tertinggi yang dibekalkan bersama dengan bebola galas (ball bearing) jenis seramik.

Unit yang dipasangkan pada Ducati Panigale 1299 ini adalah versi contoh. Tapi berapa harganya?

USD 3,770 atau kira-kira RM17,000.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button