SAGA DAN PERSONA MASIH KERETA PROTON KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA

SHARE

Jualan kereta Proton bagi Mei 2018 telah menunjukkan kenaikan sebanyak 2.3% iaitu 4,091 unit daripada 3,999 kereta dijual pada bulan sebelumnya.

Meskipun terdapat sentimen pasaran yang tidak menentu pada bulan Mei dan jualan bertumpu kepada penghujung bulan. Saga dan Persona terus menjadi model popular PROTON, menguasai jumlah jualan dan membentuk 70% daripada jumlah jualan untuk bulan tersebut. PROTON mencatatkan pegangan pasaran tidak rasmi sebanyak 8.8% daripada bilangan jualan yang meningkat itu.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Peningkatan pada prestasi jualan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan pengumuman Kerajaan mengenai GST yang berkadar sifar, ditambah dengan promosi Kosong-kosong PROTON yang menarik dengan pembiayaan 0% untuk tahun pertama dan ansuran 3 bulan percuma kepada pelanggan.

“PROTON akan terus berusaha untuk memberikan tawaran terbaik kepada para pelanggan kerana kami sedar bahawa memiliki produk yang baik sahaja tidak mencukupi sekiranya tiada daya tarikan tambahan ditawarkan untuk menarik pelanggan berkunjung ke bilik pameran.

Oleh itu, kami telah melaksanakan beberapa langkah dan usaha yang tepat dalam meningkatkan mutu produk, tawaran yang menarik untuk memudahkan pemilikan kereta dan seperti yang sedang giat kami lakukan iaitu penambahbaikan pengedar ke pusat 3S dan 4S yang akan membantu menghadapi cabaran pasaran dengan lebih positif,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar Sdn Bhd.

Share this post

scroll to top