Buletin

SAGA MENANG KATEGORI KERETA-NILAI-TERBAIK DI ANUGERAH MAI 2017

Proton menerima 2 anugerah bagi model Saga dan Persona serba baharu, di Malaysia Car of the Year 2016 oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) yang diadakan di Hotel Saujana, Subang baru-baru ini.

2 anugerah tersebut ialah:

  1. Value-for-Money Car (Kereta Nilai Terbaik) – Proton Saga
  2. Most Improved Model in Fuel Efficiency (Model Cekap Bahan Api Paling Dipertingkatkan) – Proton Persona

BACA – PROTON SAGA ENJIN EMAS

BACA – SIMULASI KESELAMATAN PROTON PERSONA

saga (26)

“Kami amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini. Kedua-dua Persona dan Saga diterima baik oleh rakyat Malaysia setelah pelancarannya. Melalui kajian pasaran yang dijalankan, kami telah melakukan penambahbaikan terhadap kereta ini supaya kami dapat memenuhi kehendak am segmen pasaran.

Kedua-dua Saga dan Persona direka bagi mereka yang memerlukan sebuah kereta dengan harga berpatutan, selamat, dan mempunyai pelbagai ciri praktikal yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON .

“Antara kehalusan yang telah dicapai adalah tahap bunyi, getaran dan kekasaran (Noise, Vibration and Harshness, NVH) kereta yang lebih senyap dan peningkatan penjimatan penggunaan bahan api, dipandu oleh ciri Bantuan Pemanduan Eco bagi kedua-dua kereta, ciri yang diperkenalkan pertama kali bagi PROTON.

persona

Kereta Persona dan Saga masing-masingnya dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang melayakkannya ke taraf keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang dan 4 bintang,” tambah Dato’ Fuaad.

Saga generasi ketiga dilengkapi dengan enjin 1.3L VVT dan berharga dari RM36,800 hingga RM45,800. Bagi Persona serba baharu pula dilengkapi enjin 1.6L VVT yang lebih cekap dan berharga dari RM46,800 hingga RM59,800.

Kedua-dua Saga dan Persona didatangkan dalam 3 varian, Standard, Executive dan Premium.

“Pengiktirafan ini mendorong kami untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan,” tambah Dato’ Fuaad lagi.

 

Google ads
Back to top button