SAKSIKAN AKSI PEMOTORAN TERBAIK DI VELOCITY MOTOR SHOW 2018

SHARE

Selepas melaksanakan siri jelajah di Pulau Pinang dan Johor, VELOCITY MOTOR SHOW 2018 (VMS 2018) kini kembali dengan lebih menarik di Kuala Lumpur.

VMS 2018 bakal membawakan elemen keseronokan, gaya hidup dan muzik ke Plaza Arkadia Outdoor Carpark di Desa ParkCity, Kuala Lumpur dari 15 hingga 17 September, bermula 10 pagi hingga to 10 malam.

Acara pameran automotif yang dianjurkan oleh FitzGerald Events itu diadakan untuk tahun ketiga berturut-turut. Lebih istimewa, tahun ini akan membawakan perayaan berganda apabila penganjuran VMS 2018 jatuh pada hujung minggu bersamaan dengan Hari Malaysia, perayaan untuk mengingati semangat perpaduan dan ‘spirit of wheels’.

Tidak hanya untuk meraikan rakyat Malaysia, VMS 2018 turut menghimpunkan peminat kereta di seluruh rantau ini. Dengan tiket masuk hanya RM10 sehari dan RM15 untuk tiga hari, VMS 2018 bukan sekadar menjadi platform pameran kereta menarik.

Malah acara ini penuh dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan automotif, sukan lasak, hiburan, makanan, pelbagai hadiah cabutan bertuah dan banyak lagi.

Salah satu acara utama VMS 2018 ialah Big Foot Trucks Show, di mana pelbagai siri trak raksasa yang mana dihasilkan menerusi modifikasi trak pikap dengan menggunakan suspensi dan tayar lebih besar akan menggegarkan Malaysia.

Satu lagi acara penting sepanjang VMS 2018 adalah pameran Liberty Walk Thailand dan Malaysia dengan lebih 10 buah kereta yang telah dimodifikasi akan dipamerkan. Liberty Walk telah berkembang menjadi salah satu jenama terbesar dunia dalam dunia talaan automotif.

Acara pameran automotif ini dimeriahkan dengan persembahan dan pertandingan drift yang akan dihakimi oleh Loyai “War Head” Hanizam dan Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley.

Gymkhana, satu lagi acara sukan pemotoran yang dikendalikan GRA akan menghiasi VMS 2018. Anda boleh merasai kehangatan dan keseronokan di Gymkhana Competition, di mana pemandu akan bersaing dengan masa dan kemahiran menyusuri halangan seperti kon, tayar dan penghadang untuk sampai ke garisan penamat.

VMS 2018 akan menyaksikan acara Car Club Battle yang diadili oleh panel hakim dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura bagi menentukan kelab kereta terbaik. SQC Club Car Audio Competition pula mengiktiraf sistem bunyi dalam kenderaan yang terbaik.

Jika anda sedang mencari kereta baharu, maka ini adalah masanya. Hadiah bernilai lebih RM5,000 akan menjadi milik anda apabila membuat tempahan kereta baharu sepanjang tiga hari acara ini berlangsung.

Selain daripada jentera, anda juga akan dihidangkan dengan pameran fesyen jalanan terkini, jualan snicker dan pameran, selain pertunjukan sukan lasak oleh bakat VHYPES dalam VHYPES BMX and SKATEBOARDING Competition. Persembahan muzik secara langsung juga menghiburkan pengunjung.

Maklumat lanjut mengenai Velocity Motor Show 2018, layari Facebook @VelocityMotorShow atau @VelocityMotorShow_Official di Instagram atau hubungi talian 016 366 6012.

VELOCITY MOTOR SHOW 2018

Tarikh: 15-17 September 2018

Masa: 10 PAGI to 10 MALAM

Tempat: Plaza Arkadia Outdoor Carpark, Desa ParkCity, Kuala Lumpur

Tiket Masuk: RM10 sehari layak untuk dua cabutan bertuah. RM15 untuk tiga hari layak  enam cabutan bertuah

Share this post

scroll to top