SAKSIKAN MODEL-MODEL BARU DI ROADSHOW DUCATI KL, PULAU PINANG DAN KOTA BHARU

SHARE

Next Bike Sdn. Bhd. pemegang hak jenama dan edaran Ducati di Malaysia memulakan kempen roadshow mereka semalam. Jelajah Ducati ini bermula di Pusat Beli Belah One Utama bermula 24 Mei hingga 27 Mei ini.

Ia kemudian akan bergerak ke Pulau Pinang pada minggu ketiga bulan Jun 2017 dan seterusnya akan berkampung di Kota Bharu Kelantan pada 7 dan 8 Julai bersempena dengan Kelantan Bike Week.

 

Pelbagai model motosikal dipamerkan di sini. Ia merangkumi majoriti model baru dan juga model yang akan dilancarkan kelak. Antara yang menarik perhatian ialah Ducati Multistrada 950 dan Ducati Monster 797 yang kini boleh disaksikan dari dekat.

Pelbagai barangan dan aksesori Ducati turut dijual sewaktu pameran ini dan pembeli juga berpeluang memiliki Ducati dengan cara yang lebih mudah.

Menerusi Smart Service campaign, pelanggan akan mendapat dua tahun penyelenggaraan percuma dengan had batuan 30,000 (termasuk servis DESMO). Jaminan pula diberi untuk tempoh dua tahun TANPA had perbatuan.

 

Share this post

scroll to top