SAKSIKAN VIDEO BAGAIMANA NISSAN GT-R50 ITALDESIGN DIBINA

SHARE

Kereta ini telah dibina dengan tangan oleh sepasukan jurutera dan “artis”. Selepas menonton video ini, kami percaya, perekabentuk asal Nissan GT-R ini akan tunduk hormat kepada pasukan Italdesign. Mereka berjaya mengubah rekaan “lama” GT-R yang sudahpun mencecah usia 10 tahun kepada rekabentuk baru yang menawan.

Rekabentuk baru GT-R50 mendapat perincian warna emas, lampu LED tang tipis, sayap belakang 54mm lebih rendah serta rekaan gugusan lampu belakang baru.

BACA: GT-R50. RM4.2 JUTA. 50 UNIT SAHAJA!

NIisan GT-R50 dilengkapi dengan warna dengan apa yang disebut Nissan sebagai cat “Liquid Kinetic Grey”. Ia kemudiannya diakhiri dengan kemasan “Sigma Gold Energetic”. Sementara ruang roda pula dihuni aloi berdiameter 21 inci

Bahagian kabin juga telah direkabentuk dengan papan pemuka yang tidak mempunyai skrin infotainment sepertimana sebuah GT-R asal.

Ia dibuat untuk memperlihatkan skema lebih “bersih” manakala kluster meter kini didatangkan dengan instrumen berbentuk digital.

Terdapat dua kemasan karbon berbeza yang digunakan di panel konsol pusat, panel instrumen dan panel pintu. Butir-butir emas kelihatan berpadanan dengan bahagian luaran sementara Alcantara hitam dan upholsteri kulit hitam digunakan untuk tempat duduk.

Bagi enjin, GT-R ini menawarkan yang terbaik. Enjin V6 twin-turbo 3.8 liter tersebut dinaik taraf oleh NISMO dengan turbo spesifikasi perlumbaan GT3 yang lebih besar, intercooler yang lebih besar. Komponen dalamannya terdiri daripada crankshaft, piston, rod penyambung dan galas, jet minyak omboh tinggi aliran, profil camshaft yang disemak semula,  penyuntik bahan api aliran tinggi dan sistem pengambilan dan ekzos yang dioptimumkan.

Hasilnya? 710hp (720PS) pada 7100rpm dan 575lb-ft (780Nm) antara 3600 dan 5600rpm.

Transmisi berkembar enam kelajuan diperkukuhkan dan pemacu yang lebih kuat memastikan bahawa kuasa besar akan dihantar dengan selamat ke keempat roda. Sistem suspensi menggunakan penyeraphentak bolehlaras Bilstein DampTronic.

GALERI

Share this post

scroll to top