SATU LAGI PUSAT PAMERAN PROTON 3S DI BUKA. KALI INI DI PUCHONG

SHARE
Cawangan baharu yang dimiliki oleh Atiara Johan Sdn Bhd ini menggantikan bilik pameran berstatus 1S yang sebelum ini beroperasi di Pandan Indah, Kuala Lumpur, dan digunakan untuk aktiviti jualan sahaja.

Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, syarikat telah bersetuju untuk menaiktaraf perkhidmatan mereka kepada pusat 3S di lokasi baharu.
Terletak di Puchong, cawangan baharu ini telah dibina di kawasan tanah lot dan kos pembinaan dianggarkan bernilai RM3.5 juta, dengan kawasan seluas 1,700 meter persegi. Kawasan sekitar bagi lokasi baharu ini merupakan sebuah kawasan komersil yang padat disamping berdekatan dengan jalan utama bersama syarikat-syarikat pengeluaran kereta yang lain, justeru mereka menganggarkan peningkatan jualan sebanyak 60% dan kemudahan servis akan menjadi aliran pendapatan baharu untuk cawangan tersebut.
“Kami telah mengambil peluang yang ada ini untuk menaik taraf dari pusat 1S kepada pusat 3S kerana kami tahu ini akan menyediakan masa hadapan yang lebih cerah kepada perniagaan kami untuk jangka masa panjang. Kami menyedari bahawa untuk berjalan seiring dengan hala tuju perniagaan baharu PROTON, kami perlu menaik taraf cawangan untuk tampil lebih segar yang turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dalam meningkatkan tahap jualan dan pengalaman servis yang baik kepada pelanggan kami,” kata Judith Yam, Pengarah Urusan Atiara Johan Sdn Bhd.
Judith menambah, “Pusat 3S ini juga akan membolehkan kami berhubung bersama pelanggan secara lebih dekat di mana kami boleh mengetahui isu-isu yang terdapat pada kereta mereka, sekiranya ada, dan membantu mereka menyelesaikannya dengan serta-merta. Saya percaya ini adalah apa yang diharapkan oleh pelanggan. Mereka mahukan sesebuah cawangan itu untuk mendengar masalah yang mereka hadapi dan boleh menyelesaikannya dengan pantas, oleh itu, pusat sehenti kami ini akan dapat memenuhi keperluan tersebut”.
“Tambahan lagi, kami juga memahami kehendak pelanggan yang ingin mengunjungi sebuah pusat cawangan yang mampu memberikan keselesaan dan kemudahan kepada mereka, dan justeru itu, kami turut menyediakan kemudahan seperti Wi-Fi percuma, minuman dan ruangan untuk mengecas komputer riba yang membolehkan pelanggan beristirahat dan kekalberhubung. Sementara itu, bagi ibu bapa yang membawa anak-anak mereka juga boleh membiarkan anak-anak mereka bermain di ruangan kanak-kanak yang disediakan sambil menunggu kereta mereka diservis memandangkan kami mempunyai ruangan tempat duduk yang luas untuk pelanggan di kedua-dua kawasan jualan dan servis.
Di pusat servis kami dilengkapi dengan 14 tempat penyelenggaraan dan 12 servis pengangkat dan apabila digabungkan dengan kakitangan servis kami yang berpengalaman, semestinya para pelanggan akan dapat diberi jaminan masa yang lebih cepat dan tahap keselesaan yang lebih baik,” ujar Judith.
PROTON mencapai 92% bagi penambahbaikan cawangan
Sehingga 31 Ogos 2018, PROTON telah mencapai sebanyak 92% daripada sasarannya untuk pelan cawangan yang diluluskan berstatus 3S dan 4S. Sasaran Syarikat untuk mendapatkan sebanyak 109 cawangan menjelang Oktober tahun ini berjalan seperti yang dirancang kerana setakat ini sebanyak 100 cawangan telah mendapat kelulusan.
“Kami berasa gembira kerana penambahbaikan cawangan berjalan dengan lancar. Pusat cawangan 3S dan 4S adalah penting kerana ianya berfungsi sebagai penghubung kepada pelanggan dan mengetahui bagaimana mereka melihat PROTON. Apabila kami mengambil keputusan untuk menaik taraf cawangan yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, ia bukanlah hanya kata semata-mata kerana terdapat hasil disebalik kata-kata tersebut.
Sebagai contoh, Atiara Johan hanya beroperasi sebagai cawangan 1S, tetapi ia mengambil cabaran untuk menaik taraf kepada cawangan
berstatus 3S. Selain merupakan satu keputusan perniagaan yang baik, ini juga menunjukkan keyakinan pengedar terhadap jenama ini. Penaiktarafan ini juga lakukan kerana keperluan pelanggan kini telah berubah.
Permintaan mereka kini lebih tinggi dan memerlukan tahap jualan dan servis yang hebat, jadi ianya merupakan satu keperluan bagi usahawan-usahawan ini terus selari dengan tuntutan pasaran dan menyediakan apa yang mereka mahukan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
“Pengukuhan pada jenama ini turut menyumbang kepada jualan PROTON yang meningkat naik sejak tiga bulan lalu dengan jualan pada bulan Ogos mencapai 18% lebih tinggi daripada bulan sebelumnya, mencapai jualan sebanyak 9501 unit, yang merupakan jualan tertinggi untuk tempah 36 bulan lalu. Kami yakin momentum jualan ini akan terus meningkat bagi bulan-bulan seterusnya, lebih-lebih lagi dengan kedatangan SUV pertama PROTON,” tambah Li.

Share this post

scroll to top