Buletin

SCANIA LANCAR TRAK DAN BAS MEWAH

Scania Malaysia memperkenalkan rangkaian baharu trak dan bas mewahnya pada Ekspo Trak, Bas dan Komponen Antarabangsa Malaysua (MITBC) 2015 yang berlangsung di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.   

scania-marcopolo-mekanika (3)

Trak pembinaan dan bas Scania Marcopolo dilihat mampu memenuhi keperluan industri pembinaan dan pengangkutan di Malaysia. Ia dilancarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Albar dan Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, James Armstrong.

Scania Marcopolo merupakan bas premium yang hadir dengan kualiti binaan luaran dan dalaman terbaik. Selain sistem keselamatan, ia juga menawarkan keselesaan kepada para penumpangnya.

 scania-marcopolo-mekanika (6)

Bas ini adalah hasil kerjasama di antara Scania dan Marcopolo, pengeluar bas berpengaruh dari Brazil.

Trak pembinaan Scania pula menjanjikan jentera yang lasak, tahan lama dan boleh dipercayai. Trak-trak ini boleh diubah untuk disesuaikan dengan apa jua kegunaan dalam industri pembinaan di Malaysia. Ia menggunakan pilihan-pilihan enjin Euro Euro 3, 4, 5 dan 6 yang menawarkan kuasa serta penjimatan terbaik.

scania-marcopolo-mekanika (2)

Bas Scania Marcopolo dan trak pembinaan ini hadir bersama pakej penyelenggaraan dan bantuan Scania secara percuma selama dua tahun. Di samping Scania Fleet Management percuma untuk 10 tahun.

Bagi memberi kemudahan kepada syarikat, Scania Credit Malaysia ada menyediakan perkhidmatan kewangan dan insurans kepada mereka.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button