SEBAB TAK LAKU, RANGE ROVER EVOQUE 3 PINTU DIHENTIKAN PENGELUARANNYA.

SHARE

Serius, entah siapa punya idea buat SUV dengan tiga pintu Evoque tu kami pun tak faham. Dari awal pengeluarannya lagi pun kami dah sinis dengan konsep begini kerana SUV atau Crossover adalah berkaitan dengan praktikal. Ia tidak sama dengan hatchback atau kereta sukan.

Land Rover mengumumkan untuk menamatkan pengeluaran Range Rover Evoque tiga pintu untuk model 2018. Ia bermula dengan pasaran Amerika Syarikat dan pembuat British itu juga akan memberhentikan pengeluaran untuk model global mereka pada tahun hadapan.

Sebabnya?

Jualan model tiga pintu ini sangat perlahan sehingga tidak memungkinkan Land Rover mendapat modal pusingan. Ia hanya merangkumi lima peratus dari nisbah jualan keseluruhan Range Rover Evoque.

BACA: RANGE ROVER EVOQUE 2016

Land Rover dalam proses membangunkan generasi kedua Evoque. Ia adalah model gantian sepenuhnya pada 2019 dan sumber risikan industri memberitahu bahawa ia akan dibangunakn berdasarkan idea dari Range Rover Velar dengan bahagian hadapan yang dikemaskini , grill lebihb langsing dan lampu hadapan baru. Ia juga akan dibina dengan jarak roda yang lebih panjang dan berkemungkinan berkongsi platform model Land Rover D8 yang diubahsuai untuk kabin yang lebih luas.

 

 

 

 

Share this post

scroll to top