SEBASTIAN VETTEL UJI LITAR F1 RUSIA

SHARE

Juara dunia Formula One (F1), Sebastian Vettel menjadi pemandu F1 pertama yang memandu uji litar baharu, Sochi Autodrom di Krasnodar Krai, Rusia.

sebastian-vettel-uji-lita-Sochi-Autodrom-mekanika  (6)

Litar itu dijangka digunakan sebagai litar perlumbaan F1 Grand Prix Rusia pada tahun ini. Pemandu pasukan Infiniti Red Bull Racing dan Pengarah Prestasi Infiniti itu pergi ke Sochi dari Spa Francorchamps selepas menamatkan perlumbaan F1 Grand Prix Belgium di tempat kelima.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Setelah melawat kemudahan di sana, Vettel menguji litar tersebut dengan menaiki jentera Infiniti Q50 Hybrid. Turut serta dalam sesi pandu uji itu ialah bekas pemandu F1, David Coulthard, tetamu VIP dan media.

sebastian-vettel-uji-lita-Sochi-Autodrom-mekanika  (7)

Vettel sebelum ini pernah pergi ke Sochi pada April 2013 ketika litar itu sedang dibina. Sochi Autodrom akan digunakan untuk perlumbaan F1 pusingan ke-16 pada Oktober depan.

Sochi Autodrom direka bentuk oleh arkitek terkenal F1, Hermann Tilke. Litar sepanjang 5.8 kilometer itu mempunyai 18 selekoh. 

sebastian-vettel-uji-lita-Sochi-Autodrom-mekanika  (1)

“Litar ini telah mengalami perubahan besar. Memandu Infiniti Q50 buat pertama kali di litar ini memang menarik. Ini kerana ia mempunyai gabungan yang baik di antara selekoh berkelajuan tinggi dan bahagian-bahagian yang teknikal.

“Litar ini semememangnya mencabar untuk sebuah jentera F1. Saya tidak sabar untuk kembali ke sini pada Oktober depan,” kata Vettel.

Share this post

scroll to top