SEBUAH NISSAN LEAF TERJUAL SETIAP 10 MINIT DI EROPAH. KERETA ELEKTRIK PALING BERJAYA

Kredit: Nissan

SHARE

Sejak pertama kali diperkanalkan pada 2010, kereta elektrik Nissan Leaf telah berjaya mengubah lanskap keseluruhan industri automotif global. Pakataan Nissan-Renault telah menjadikan mereka pembuat kereta yang lebih berdaya saing, khususnya untuk pasaran negara sebelah Eropah.

Realitinya, kereta berteknologi elektrik akan mengambilalih posisi kereta enjin pembakaran dalaman dalam beberapa dekad akan datang. Nissan telah memperkenalkan generasi kedua Nissan Leaf pada tahun lepas dan ia merupakan kereta EV paling laris di Eropah.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Nissan baru sahaja mengumumkan bahawa ia sudah menjual 100,000 unit Leaf sejak dilancarkan. Ia bersamaan dengan satu unit Leaf dijual setiap 10 minit di seluruh Eropah.

BACA: NISSAN LEAF “CABRIOLET”

Sebanyak 37,000 model ini telah diserahkan kepada pengguna di Eropah dalam tempoh kurang daripada lapan bulan.

Memandangkan harga Leaf bermula dari $22,490 (RM90,000) selepas insentif potongan cukai kerajaan, kejayaan itu tidak mengejutkan kerana tidak banyak persaingan Leaf dalam kelasnya

Kredit: Nissan

Hanya beberapa bulan ini terdapat Chevrolet Bolt dan dalam masa terdekat Hyundai Kona EV akan dilancarkan. Tesla Model 3, walaupun Tesla yang paling murah, ia tetap lebih mahal daripada Leaf, dan ia mempunyai banyak masalah pengeluaran.

Leaf 2018 juga merupakan Nissan pertama di Eropah untuk menawarkan teknologi AutPilot autonomi dan ProPilot Park yang membolehkan penggunaan lalulintas lorong tunggal dan sistem parkir kereta automatik yang maju.

 

Share this post

scroll to top