SEDANG MENCARI MPV? TUNGGU, ESOK KAMI AKAN PANDU UJI PROTON ERTIGA

SHARE

Jika anda sedang merancang untuk membeli MPV saiz sederhana, ada baiknya tangguhkan dahulu perancangan tersebut. Proton bakal melancarkan MPV terbaru mereka hasil kerjasama dengan Suzuki – Proton Ertiga.

Baru-baru ini tersebar di laman media sosial gambar terkini Proton Ertiga dalam proses akhir pengeluaran. Ia sudah bersedia dan akan dilancarkan pada bila-bila masa. Menurut sumber kami, ia akan dilancarkan menjelang hujung bulan ini.

BACA – SPYSHOT: ERTIGA SEDANG DIUJI

BACA – ERTIGA SIAP DIEKSPORT DARI INDONESIA?

Ironiknya, pengamal media automotif akan memandu uji model ini besok di litar tertutup Proton, Shah Alam dalam satu jemputan khas. Seperti biasa, anda akan dapat membaca laporan penuhnya sejurus selepas kami mendapat penerangan lengkap esok.

Kami pernah siarkan Proton Ertiga yang dikhabarkan mula dieksport dari Kilang Suzuki Indomobil (SIS) Cikarang, Jawa Barat Indonesia. Menurut sumber media Indonesia, sebanyak 1,500 unit akan dieksport sebagai permulaan.

roton-ertiga-2

Ia dikuasakan oleh enjin 1.4liter, 95ps dengan tork 130Nm. Kapasiti tangkinya ialah 45 liter dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan dan 4 kelajuan automatik. DI Indonesia, ia dipasarkan dengan 2 pilihan spesifikasi Sporty dan Elegan.

Bagi pasaran Malaysia belum ada sebarang spesifikasi yang dimumkan. Kami akan mendapatkan maklumat tambahan esok sewaktu sesi pandu uji.

Jadi buat sementara waktu ini, kalau anda sedang merancang untuk membeli MPV dalam senarai seperti Alza, Grand Livina, Avanza dan Sienta, sabar dulu. Ertiga sudah semakin hampir ke pasaran.

 

proton-ertiga-3 proton-ertiga-4

Share this post

scroll to top