SELAMAT TINGGAL FORD FOCUS RS – INI MODEL TERAKHIR SEBELUM PRODUKSI TAMAT

SHARE

Demam kereta hatchback berprestasi memang tidak pernah reda sejak dari dulu lagi. Boleh dikatakan pengeluar utama dunia mempunyai model berprestasi seperti Ford, Renault, Subaru, Volkswagen dan Honda. Paling hangat sejak tahun lepas ialah Honda Civic Type R yang memegang rekod kereta pacuan depan terpantas di litar Nurburgring.

Renault turut mengeluarkan model berprestasi iaitu Megane R.S tetapi tidak sehangat Type R. Mungkin sebab rekod di Nurburgring dan rekabentuk yang tampak sopan berbanding Civic Type R.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Selain itu, pengeluar otai iaitu Ford pula mempunyai model legenda Focus RS yang terkenal dalam perlumbaan rali. Honda Civic Type R walaupun hebat di jalanan dan Nurburgring tetapi keupayaannya masih belum teruji berjaya di litar lumba mahu pun rali.

Setelah beberapa ketika dipasarkan Ford Focus RS sudah pun menghampiri kitaran hayatnya dan bakal ditamatkan sama sekali di United Kingdom pada 6 April depan. Untuk itu, Ford UK memperkenalkan edisi akhir dan terhad yang dikenali sebagai 50 Heritage Edition Focus RS.

Dan seperti Focus RS yang memang tidak pernah sampai ke negara kita sama ada dari pengedar rasmi atau recond hanya akan dipasarkan secara eksklusif di UK. Hairan juga kenapa tidak ada yang membawa Focus RS ke sini. Renault Megane RS dijual secara rasmi, Civic Type R apatah lagi.

Pada Disember lalu, Ford telah mengumumkan RS Red Edition dan edisi terbaru ini kiranya betul-betul penghabisan. Hanya 50 unit RS Heritage Edition akan dikeluarkan dan ia tampil dengan warna istimewa “Tief Orange” (“Deep Orange”) yang turut memberi penghormatan kepada 50 tahun Ford Escort di UK dan juga meraikan siri ikonik RS.

Berikut ialah ciri-ciri istimewa Ford Focus RS Heritage Edition:

  • Angkup brek warna kelabu 
  • Cermin sisi dan spoiler belakang hitam
  • Kerusi RECARO dengan balutan separa kulit
  • Cermin privasi
  • Cermin suria
  • Stereng dengan fungsi pemanas
  • Pakej naiktaraf FPM375 Mountune dengan peningkatan overboost dari 350PS kepada 375PS dan tork 470Nm kepada 510Nm

Ford Focus RS Heritage Edition boleh dibeli di UK pada harga GBP 39,895 atau RM 219,269. Mmmm. Keras juga ni, jika dibawa masuk ke sini lagi lah keras dan mungkin itu sebabnya tiada Focus RS di jalan raya tempatan. Kereta Jepun juga yang nampak masuk akal harganya.

BACA: FORD FOCUS RS EDITION, BOLEH LAWAN HONDA CIVIC TYPE R TIDAK NI?

Share this post

scroll to top