SELAMAT ULANGTAHUN KE-30 HONDA NSX!

SHARE

Anda mungkin tidak sedar, tetapi minggu lalu menandakan ulangtahun ke-30 supercar Honda NSX yang ikonik. Kereta yang telah merevolusikan segmen supercar selepas pengenalannya pertamanya sebagai NS-X Concept pada 1989 Chicago Auto Show.

Untuk meraikan ulang tahunnya, Honda Amerika menjadi tuan rumah kepada panel Chicago Auto Show sambil melihat kembali asal-usul kereta, kesannya dalam industri autotif, dan bagaimana NSX generasi akan datang meneruskan warisan asalnya.

Menyertai perbincangan tersebut ialah Jon Ikeda, Naib Presiden dan Pengurus Besar Acura dan bekas ketua editor majalah Car and Driver, Csaba Csere, yang akan berkongsi ceritanya pada tahun 1989 di mana beliau merupakan salah seorang wartawan pertama yang memandu NSX.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Beliau juga antara barisan wartawan awal yang diberi peluang memandu NSX generasi kedua. Acura juga telah mengeluarkan satu video penghormatan untuk melihat kembali 30 tahun dahulu, sejarah supercar Jepun ini serta imej yang tidak pernah dilihat dari NS-X Concept yang asal.

Sejak diperkenalkan, NSX memang menonjol kerana gaya eksotiknya, pembinaan kerangka aluminium dan enjin V6 berkuasa tinggi  270 hp. Berbanding dengan kereta keluaran Eropah ketika itu, NSX tidak mengorbankan keselesaan – ini adalah supercar yang anda boleh hidup dengan memandunya setiap hari.

“Sebelum NSX, selalu diandaikan bahawa prestasi supercar datang pada harga premium,” kata Ikeda. NSX menghilangkan tanggapan itu, dan telah meletakkan tanda aras baru pada setiap pembuat eksotik dan supercar yang lain, dengan kesannya masih dirasai hari ini.

NSX adalah inspirasi yang besar dan salah satu sebab utama saya ditarik untuk menyertai Acura hampir 30 tahun yang lalu.”

Share this post

scroll to top