SELEPAS BERJAYA PULIHKAN VOLVO, GEELY KINI MAHU LOTUS JADI PESAING FERRARI DAN PORSCHE

SHARE

Seperti yang kita ketahui, di sebalik perjanjian kerjasama strategik Proton, Geely juga telah memiliki saham majoriti Lotus menjadikannya pemilik sah lagenda British itu. 

Sepertimana urusniaga terdahulu bersama Volvo yang berjaya meletakkan syarikat Sweden itu kembali “berduit”, Geely ternyata hebat dalam merancang perniagaan syaraikat-syarikat automotif yang lemau ini. Jika mereka boleh berjaya meningkatkan jualan Volvo hampir sekaliganda, tidak mustahil, mereka juga boleh menjadikan Lotus sebuah pembuat kereta sports yang kembali membuat keuntungan.

Sudah tentu, dengan pelaburan yang besar.

Mereka sudah merancang utuk menghasilkan SUV pertama Lotus. Cakap-cakap industri memberitahu bahawa berkemungkinan Lotus akan menggunakan platform CMA yang diguna pakai bersama Volvo XC40 dan Lynk&Co 01. Platform ini memang dari asalnya sudah direka untuk menerima nadi penggerak yang lebih berkuasa – bermakna amat sesuai untuk rekaan SUV Lotus.

BACA: LOTUS RANCANG HASILKAN SUV

Menurut laporan Autocar, firma autmotif China tersebut bukan hanya mengharapkan Lotus membuat kereta sports, mereka perlu bersaing dalam liga yang lebih besar dan serius.

“Kami merancang untuk mengembalikan semula kegemilangan Lotus sebagai salah satu jenama kereta sports mewah. Lotus pernah menjadi pesaig Ferrari dan Porsche, dan kami yakin dapat membawa semua jenama ini ke posisi tersebut, Ujar An Cong Hui, Presiden Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd.

Selepas beberapa tahun yang tidak menentu, Lotus baru-baru ini mencatatkan keuntungan pertama mereka dalam perniagaan. Bersaing dengan Ferrari mungkin kedengaran terlalu tinggi angan-angannya, tapi itulah. 

Ketika mereka beli Volvo, ramai yang tidak yakin pembuat kereta itu akan pulih, tetapi dalam masa hanya lima tahun, Volvo bukan sahaja pulih, malah menjadi sangat berdayasaing.

 

(Visited 2,002 times, 436 visits today)

Share this post

scroll to top