Semangat HMRT dalam perlumbaan S1K

SHARE

Pasukan lumba Honda Malaysia Racing Team (HMRT) sekali lagi membuktikan “Challenging Spirit” dalam perlumbaan  Sepang 1000KM (S1K) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) November lalu. 

HMRT bersaing mengguna dua buah jentera lumba Honda Jazz 26 dan 17. Keputusannya, kereta 26 menduduki tempat kelima. Sementara kereta 17 berada di kedudukan ke-20 dalam kategori 1.6 liter.

Memuji kerja keras dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh HMRT, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno mengakui bahawa S1K merupakan perlumbaan selama sembilan jam yang sangat mencabar.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

“Apa pun keputusannya, pasukan ini tetap menang kerana mereka mampu menamatkan perlumbaan tanpa sebarang bantuan teknikal daripada Jepun atau jurutera luar.

“Ini adalah permulaan untuk hasrat kami menganjurkan perlumbaan dalam tempoh lima tahun. Saya juga berbangga apabila Honda Jazz digunakan sebagai kereta lumba buat kali pertama di Malaysia. Walaupun tidak memenangi Kategori 1.6, saya percaya ahli pasukan HMRT memperoleh banyak pengetahuan dalam aspek kejuruteraan kereta, meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan kerja berpasukan.”

Berikutan pengenalan Jazz Hybrid yang dipasang tempatan (CKD), Honda Malaysia telah memilih Jazz sebagai jentera lumba untuk S1K. HMRT hanya mengambil masa selama empat bulan untuk mengubahsuai dua unit Jazz tersebut.

Ditubuhkan pada 2003, HMRT bertujuan meningkatkan pengetahuan teknikal dan kemahiran kakitangan Honda Malaysia menerusi penyertaan dalam sukan bermotor tempatan. Seramai 33 orang kakitangan Honda Malaysia dari Melaka dan Petaling Jaya menyertai HMRT pada tahun ini.

“Cabaran paling besar pada tahun ini adalah untuk membina jentera lumba yang baru. Ini kali pertama kami menggunakan Jazz di atas litar lumba. Kami tidak mempunyai sebarang rekod untuk membantu membuat talaan Jazz dan prestasinya. Biarpun begitu, kami tetap berjaya menamatkan perlumbaan,“ jelas Tengku Ezan Ley yang memandu kereta 26.

Gallery
[hr_invisible]

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top