Buletin

SERVIS LEBIH MUDAH DENGAN KIA SERVICE APP

Naza Kia Malaysia telah melancarkan aplikasi terbaharu, Kia Service App untuk menambah perkhidmatan selepas jualannya.

Kia-Service-Apps-mekanika (2)

Percuma dan mesra pengguna, Kia Service App merupakan langkah terbaru kami untuk menawarkan servis yang pantas dan mudah kepada semua pemilik kenderaan Kia. Ini merupakan sebahagian daripada program pengekalan pelanggan untuk memberikan servis berkualiti kepada mereka

“Kia telah mengimplementasikan Service App ini di peringkat global dan di seluruh ASEAN demi menambah baik dan meningkatkan pengalaman pemilikan Kia. Pemilik kenderaan kenderaan Kia mempunyai gaya hidup aktif. Maka Kia Service App adalah satu cara untuk kami terus berhubung dengan pelanggan dan mengetahui keperluan mereka.

“Kami yakin aplikasi yang efisien dan boleh dipercayai ini mampu memenuhi ekspektasi pelanggan,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings,  Dato’ Samson Anand George.

Kia-Rio-mekanika

Dengan sistem perkhidmatan dalam talian terkini Kia Malaysia, semua pemilik kenderaan Kia boleh mengakses jadual temu janji, melihat sejarah panggilan, menerima tawaran istimewa dan kemas kini servis.

Pelanggan Kia hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk memuat turun aplikasi ini. Pertama, muat turun aplikasi daripada Google Play atau App Store. Kemudian pilih ‘Malaysia’, klik ‘Join Us’ dan daftarkan maklumat.

Servis ini boleh digunakan untuk semua model dan rangkaian Kia di seluruh negara.

Google ads
Back to top button