Buletin

SERVIS PERSONALISASI LOTUS EXCLUSIVE

Para pemilik dan bakal pelanggan Lotus kini boleh mengubah suai kenderaan masing-masing dengan perkhidmatan Lotus Exclusive.

Lotus-Exclusive-mekanika (1)

Proses personalisasi jentera Lotus itu merangkumi pelbagai aspek. Bermula daripada warna sehinggalah persediaan untuk menyertai acara perlumbaan.

“Sebelum ini, kami ada menghasilkan beberapa buah Lotus mengikut spesifikasi khusus yang dimahukan oleh pelanggan. Kini, semua pelanggan ditawarkan dengan servis ini yang akan dihasilkan pasukan Lotus Design,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus plc, Jean-Marc Gales.

Lotus-Exclusive-mekanika (6)

Lotus Exclusive menawarkan beberapa warna badan mengikut tema perlumbaan dan warisan Lotus. Misalnya warna biru (Essex Blue) yang pertama kalinya digunakan pada model Lotus Esprit Turbo tahun 1980.

Pelanggan juga boleh memilih apa jua warna yang mereka suka dalam bentuk matt, berkilat, metalik atau mutiara.

Lotus-Exclusive-mekanika (4)

Penampilan itu dilengkapkan lagi dengan pelekat berwarna putih, kuning, merah atau hitam pada cermin sisi, sil, spoiler serta badan kenderaan. Bahagian bumbungnya pula boleh dilekatkan dengan grafik lebih besar seperti bendera Union Jack.

Lotus Exclusive melibatkan kemasan dalaman yang dijahit menggunakan tangan di ibu pejabat Lotus di Hethel, Norfolk England.  Lima warna kemasan kulit dan empat warna benang ditawarkan untuk semua model.

Lotus-Exclusive-mekanika (3)

Perkhidmatan ini sudah ditawarkan di Eropah dan akan dikembangkan ke pasaran lain menjelang hujung tahun 2016.

Google ads
Back to top button