SETELAH 20 TAHUN DI PASARAN, SUZUKI HENTIKAN PENGELUARAN HAYABUSA

SHARE

Setelah hampir 20 tahun dalam pasaran, Suzuki mengesahkan mereka akan menghentikan pengeluaran GSX-R Hayabusa 1300. Motosikal pertama yang muncul pada 1998 sebagai supersport terpantas di dunia ketika eranya.

Sejak diperkenalkan pada 1998, Hayabusa meninggalkan kesan yang mendalam pada arena kelajuan motosikal. Model ini masih menerima sentuhan yang sama pada model asalnya dan hanya mengalami perubahan besar pada keluaran 2008.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Tapi kenapa?

Walaupun laris, Hayabusa 2018 tidak menepati regulasi terbaru Euro4 di mana ketetapan EU 168/2013 yang telah dilaksanakan sepenuhnya pada 2016.

Pengeluar bagaimanapun diberi kelonggaran sehingga dua tahun (2018) untuk memenuhi regulasi ini dan Suzuki membuat perkiraan ekonomi bahawa ia adalah pelaburan yang terlalu besar untuk menepati piawaian baru ini.

Bagaimanapun, jualan masih lagi dibenarkan di Amerika Syarikat berdasarkan stok yang masih mereka miliki.

Share this post

scroll to top