SETELAH 19 TAHUN DALAM PASARAN, PRODUKSI YAMAHA 125ZR AKHIRNYA DITAMATKAN

SHARE

Sejak beberapa hari lepas, berlegar berita mengenai motosikal dua lejang paling lejen, Yamaha Y125ZR akan ditamatkan pengeluarannya tahun ini. 

Pada 27 Disember lalu, produksi enjin terakhir dikatakan telah dihasil dengan siri 5X dan merupakan enjin terakhir yang akan menutup buku pengeluaran 125ZR.

foto enjin keluaran akhir dari pusat pemasangan enjin Hicom-Yamaha (sumber facebook)

Kami cuba mendapatkan maklumat, dan sumber yang rapat dengan Hong Leong Yamaha memberitahu 125ZR memang telah ditamatkan pengeluarannya. Saki-baki produksi produk ini akan terus diedarkan dan dijangka akan berada di pasaran sehingga suku pertama tahun hadapan.

Tiada lagi pengeluaran seterusnya dan itu bermakna, liga untuk pasaran motosikal dua lejang kini hanya tinggal Modenas Dinamik 120. 

Model terakhir 125ZR yang diperbaharui dalam pasaran ialah menerusi edisi terhad Movistar yang dikeluarkan secara eksklusif sebanyak 5000 unit. Ia didatangkan dengan tag nombor siri dan juga sijil pengesahan

Piawai pengeluaran asap yang ketat sudah mula dijalankan pada peringkat produksi motosikal sejak lebih 5 tahun yang lalu. Namun pihak kerajaan masih memberi kelonggaran pada motosikal yang masih dalam produksi. 

Tiada pengeluaran motosikal BARU dua lejang diluluskan sejak 2010. Produksi yang ditamatkan pula tidak layak mendapat kelulusan pengeluaran semula.

Sebagai contoh, model-model seperti Kawasaki RR150, Yamaha RX-Z ditamatkan kira-kira 5 – 7 tahun lepas.

 

 

Share this post

scroll to top