SETELAH SUZUKI HAYABUSA, GSX750 DAN GSX600 PULA TERPAKSA DIHENTIKAN PENJUALANNYA

SHARE

JIka ada sebuah sportbike yang mencorakkan bagaimana motosikal sport dibina pada hari ini, maka ia adalah Suzuki GSX-R750. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1985, GSX telah meletakkan konsep sportbike yang ulung kepada dunia. 

Malah sehingga ke hari ini pun, ketika pengeluar mempunyai hanya 600cc dan 1000cc, hanya Suzuki sahaja yang masih menjual 750cc. Mereka mahu mengekalkan legasi Gixxer tulin disamping percaya bahawa masih ramai pembeli yang mahu sebuah mesin yang dinamik. Mudah dikendali seperti 600cc, tetapi berkuasa seperti 1000cc.

Namun ini adalah berita suram bilamana Suzuki mengumukan mereka akan menghentikan penjualan GSX-R 600 dan GSX-R750. Tak lain tak bukan, penetapan regulasi Euro4 telah menghalang kedua-dua model ini daripada dijual di Jepun dan Eropah. Bagaimanapun, model ini masih boleh diperolehi di Amerika sehingga penghujung 2019

BACA: JUALAN HAYABUSA DIHENTIKAN PADA 2019

Setakat laporan ini ditulis, Suzuki belum ada perancangan untuk menggantikan model ini. Menurut pendapat kami, ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku.

  • Gixxer 750cc akan diberhentikan terus pengeluarannya ATAU
  • Gixxer 600cc akan diberhentikan terus ATAU
  • Kedua-duanya akan dihentikan terus dan Suzuki akan fokus pada Gixxer 1000-R dan membangunkan enjin V-Twin mereka untuk model 600cc

Ya, itu spekulasi kami lah.

Share this post

scroll to top