Buletin

SETIAP UNIT KERETA DIJUAL, NAZA GROUP SUMBANG RM1K KE TABUNG HARAPAN

Naza Group semalam mengumumkan bahawa ia akan menyumbang sebanyak RM1,000 untuk setiap kenderaan yang dijualnya kepada Tabung Harapan.

Sumbangan dibuat bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2018. Naza Group ialah pengimport dan pengedar banyak jenama automotif antarabangsa seperti Ferrari, Maserati, Mercedes-Benz, Peugeot, Citroën, DS dan Kia di Malaysia.

“Naza Group berbangga untuk memainkan peranan dalam menyumbang kepada Tabung hadapan sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab dan patriotik,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Sumbangan ini adalah cara kumpulan tersebut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia ke atas kestabilan ekonomi dan landskap politik negara.

Malah, pengumuman sifar GST selama tiga bulan membantu merancakkan jualan kenderaan. Sekali gus membolehkannya mencapai sasaran jualan pada tahun ini.

Google ads
Back to top button