SF71H – TARUHAN FERRARI UNTUK MENCABAR KEJUARAAN F1 MUSIM 2018

SHARE

Ferrari akhirnya telah melancarkan jentera terbaharu mereka,  SF71H di  Maranello bagi meneruskan harapan agar mereka mampu mencabar kejuaraan ulung F1 bagi musim 2018 ini. SF71H ini bakal menggantikan jentera lama, SF70H yang digunakan pada musim 2017.

BACA : FERRARI UGUT TINGGALKAN F1 – TIDAK PUAS HATI DENGAN PERATURAN BARU

BACA : FERRARI F2001 MICHAEL SCHUMACHER BERJAYA DIJUAL DENGAN HARGA RM31 JUTA

Pengenalan SF71H ini diharapkan mampu menamatkan dominasi Lewis Hamilton dan juga Mercedes khususnya pada musim lalu. Umum juga mengetahui akan prestasi pasukan Ferrari pada penghujung saingan tahun sudah agak sedikit tenggelam setelah di awalnya dilihat jentera yang dipandu Sebastian Vettel mampu mencabar kepantasan milik Lewis Hamilton.

Kalau tidak disebabkan masalah ketahanan jentera Ferarri musim lalu (masalah turbo & plug diantaranya), pasti lebih daripada lima kali Vettel mampu memenangi perlumbaan F1.

Dan untuk musim ini, Ferrari masih lagi bergantung harap kepada Sebastian Vettel selain daripada pemandu yang boleh dianggap sebagai veteran, Kimi  Räikkönen bagi kembali mencabar kejuaraan Pemandu F1 mahupun kategori Pembuat. Kali terakhir kejuaraan Pemandu F1 dimenangi oleh Kimi  Räikkönen pada tahun 2007 manakala Kejuaraan Pembuat dimenangi terakhir kali pada tahun 2008.

Dan melihatkan jentera SF71H ini, jelas kelihatan kekurangan warna putih setelah Santander menamatkan penajaan. Jelas warna Merah mendominasi keseluruhan badan jentera termasuklah Pelindung Halo. Tetapi yang paling ketara adalah jentera baharu ini kelihatan sedikit panjang.

Kali ini Ferrari telah menggunakan rekaan jarak roda yang lebih panjang berbanding jentera lama. Formula rekaan yang sama turut digunakan seteru mereka, Mercedes. Bila dah jarak roda dah panjang begini, nak buat kereta F1 Limo pun boleh sangat dah ni.

Bagi memastikan kejadian tahun lalu tidak berulang, Jurutera Ferrrari telah bekerja keras untuk memastikan ketahanan SF71H terutamanya melibatkan sistem turbo serta beberapa komponen lain terus bertahan dalam apa jua kondisi cuaca ketika berlumba.

Selain daripada Vettel dan Raikkonen, pasukan Ferrari ini turut membariskan pelumba Daniil Kvyat selaku Pemandu Pembangunan dan juga  Antonio Giovinazzi yang bakal bertindak selaku Pemandu Simpanan. Kalau dilihat, senarai ini, bukan calang-calang nama yang membarisi pasukan Scuderia Ferrari. Patutnya dah boleh menang semula F1 musim 2018 ni. Kan?

Share this post

scroll to top