SHELL FUELSAVE DIESEL EURO 5 KINI DI SARAWAK

SHARE

Pemilik kenderaan diesel di Sarawak kini sudah boleh mendapatkan bahan api Shell FuelSave Diesel Euro 5 apabila ia mula ditawarkan di stesen minyak di Bintulu, sebelum diperluaskan ke Miri, Kuching dan Sibu tidak lama lagi.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan kebolehdapatan Shell FuelSave Diesel Euro 5 in Sarawak. Bagi Shell, pelanggan adalah paksi kepada segala yang kami lakukan dan mahu membuatkan perjalanan kehidupan mereka leboh baik.

“Sebab itulah kami membawakan bahan api diesel terbaik ke Sarawak. Ia juga selari dengan strategi kami untuk menawarkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan inovatif,” kata Pengarah Urusan Shell Timur Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain.    

Shell FuelSave Diesel Euro 5 diformulasikan dengan Teknologi DYNAFLEX, bersama molekul pembersih. Ia berfungsi melindungi komponen-komponen utama sistem bahan api untuk memaksimumkan prestasi enjin.

Bahan api ini juga mengandungi kurang 10 mg/kg sulfur. Sekali gus membuatkannya sesuai untuk digunakan oleh enjin diesel moden.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.shell.com.my/SarawakE5

Share this post

scroll to top