Buletin

SHELL FUELSAVE DIESEL EURO 5 – RM2 SELITER!

Shell Malaysia hari ini melancarkan bahan api terbaharunya, Shell FuelSave Diesel Euro 5 di stesen minyak Shell NKVE-Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Shell-FuelSave-Diesel-Euro-5-mekanika (6)

Pengenalan itu selari dengan permintaan yang kian meningkat terhadap bahan api lebih berkuaasa dan menjimatkan.

“Dengan menawarkan bahan api yang lebih efisien, kami membolehkan pemandu untuk pergi lebih jauh,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Azman Ismail.

Shell-FuelSave-Diesel-Euro-5-mekanika (1)

Shell FuelSave Diesel Euro 5 kini boleh didapati di lima stesen minyak terpilih di Semenanjung Malaysia. Lokasinya ialah di stesen Shell NKVE – Damansara, kawasan rehat Tapah, Perak; Tanjung Malim Layby, Perak; Bandar Ayer Keroh, Melaka dan Lebuh Raya Pasir Gudang, Johor.

Diesel terbaharu ini mengandungi bahan pencuci khas yang direka untuk mengekalkan kondisi enjin serta menghalang pembentukan deposit pada sistem pancitan kenderaan.

Shell-FuelSave-Diesel-Euro-5-mekanika (2)

Ia juga mengandungi tahap sulfur ultra rendah iaitu hanya 10 parts per million (ppm), berbanding diesel Euro 2M sebanyak 500ppm.

Shell FuelSave Diesel Euro 5 yang sudah boleh didapati mulai hari ini ditawarkan pada harga RM2 seliter.

Google ads
Back to top button