Buletin

SHELL MALAYSIA LANCAR MINYAK ‘ANTI-PENUAAN’ UNTUK KENDERAAN DENGAN PERBATUAN TINGGI

Para pemilik kenderaan yang mempunyai jarak perbatuan tinggi kini sudah boleh mendapatkan minyak enjin khusus Shell Helix.

Minyak enjin Shell Helix High Mileage 15W-50 synthetic technology multi-fuel baharu dapat membantu melawan ‘kesan penuaan’. Dirumus khas dengan Teknologi Flexi Molecule, ia menawarkan perlindungan khusus kepada enjin, terutama enjin kenderaan dengan bacaan odometer lebih 100,000km.

Shell Helix High Mileage memberi perlindungan daripada kehausan sehingga 40 peratus lebih baik, sekali gus dapat membantu memanjangkan jangka hayat enjin. Teknologi Active Cleansing pula membuatkan enjin lebih bersih. Seterusnya boleh memberikan prestasi lebih baik dengan mengelakkan pengumpulan enap cemar dan endapan lain yang boleh menyebabkan kerosakan.

Secara purata, ia terbukti dapat membantu menyingkirkan enap cemar sehingga 34 peratus pada penukaran minyak yang pertama.

Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter Shell Helix High Mileage ialah RM148 bagi Semenanjung Malaysia dan RM150 (Sabah/Sarawak). Satu pek 1 liter dijual pada harga RM40 di Semenanjung Malaysia serta RM41 di Sabah dan Sarawak.

 

Sempena pelancarannya, pemilik kereta yang memilih Shell Helix High Mileage 15W-50 untuk servis penukaran minyak di bengkel-bengkel yang mengambil bahagian akan menikmati potongan harga sebanyak RM25 bagi setiap pek 4 liter daripada jumlah invois. Promosi ini sah dari 15 Mac hingga 15 Mei 2017.

menyatakan bahawa varian minyak motor Shell Helix yang terkini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyediakan penyelesaian yang inovatif dan tertumpu untuk memenuhi keperluan pemanduan harian.

“Menurut statistik industri, terdapat kira-kira 11 juta kereta di atas jalan di Malaysia. Hampir separuh daripada jumlah itu berusia 10 tahun atau lebih.  Iklim ekonomi yang mencabar juga bermakna lebih ramai pemilik akan menggunakan kereta mereka dengan lebih lama.

 

“Shell Helix High Mileage dirumus khas untuk menangani masalah yang biasa dialami oleh kereta yang mempunyai jarak perbatuan tinggi seperti kekotoran enjin, prestasi enjin berkurangan dan kebocoran minyak daripada kedap, gasket dan komponen yang telah haus,” kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Shairan Huzani Husain.

Pengarah Eksekutif Shell Lubricants SEA, Troy Chapman, menjelaskan bahawa Teknologi perintis Flexi Molecule merupakan kunci dalam melawan penuaan enjin. Seterusnya membantu pengguna supaya kereta kesayangan mereka dapat digunakan dengan lebih lama.

“Apabila usia kita meningkat, tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral tertentu untuk membantu memperbaiki sel-sel yang rosak. Flexi Molecule di dalam Shell Helix High Mileage memainkan peranan yang sama.

“Tidak aktif di bawah tekanan yang rendah, ia mempunyai kebolehsesuaian terhadap perubahan tahap tekanan enjin. Apabila haba dan tekanan yang sangat tinggi dikesan pada bahagian tertentu, molekul-molekul dinamik ini akan bergabung untuk membentuk lapisan pelindung yang bertindak seperti ubat khusus dalam tubuh manusia,” kata Chapman.

Formulasi Shell Helix High Mileage yang lebih pekat membantu mengelakkan kebocoran minyak daripada kedap, gasket serta dan komponen yang sudah haus. Minyak itu juga mempunyai kadar kehilangan akibat sejatan yang rendah untuk mengurangkan penggunaan minyak. Di samping kestabilan pengoksidaan yang hebat untuk mengelakkan penuaan minyak dan pembakaran.

Pemandu yang diberi peluang untuk mencuba Shell Helix High Mileage mendapati bahawa hasilnya cukup memberangsangkan.

“Ia menjadikan kereta saya lebih lancar.” – Agilan Elan Ponnusamy, pemilik Mercedes Benz E200 Stationwagon keluaran tahun 1992. 323,000km

“Perbezaannya begitu ketara sekali selepas memandu sejauh 300km menggunakan minyak baru ini. Bunyi enjin lebih padat semasa melahu dan kurang tersengguk apabila memecut. Ia juga boleh beroperasi dengan baik pada suhu yang lebih rendah.” – Daniel Fernandez, Volkswagen Golf GTi Mk 1 Cabriolet keluaran 1979. 135,000km

“Saya memperoleh jarak perbatuan lebih jauh dan penggunaan bahan api menjimatkan dengan Shell Helix High Mileage.” – Dexter Raj, Honda City tahun 2007. 112,000km

“Pada awalnya saya ragu-ragu. Tetapi setelah menggunakan minyak ini, kebocoran minyak telah berkurangan dengan begitu ketara dan saya tidak lagi perlu menambah minyak enjin!” — Salihin Rahim, Perodua Kancil 850 EX tahun 2001. 220,000km

“Bunyi enjin telah berkurangan dan kini saya mengalami perbatuan yang lebih baik.” — Zhiji Ng, Toyota Camry 2.2 tahun 1996. 378,000km

Maklumat lanjut mengenai barisan minyak motor Shell Helix terkini yang dihasilkan khusus untuk kereta yang mempunyai jarak perbatuan tinggi, sila layari www.shell.com.my/fightsageing

BACA: SHELL ADVANCE LANCAR RANGKAIAN LENGKAP MINYAK SKUTER

BACA: LAWATAN EKSKLUSIF TETAMU SHELL ADVANCE KE GARAJ PASUKAN DUCATI 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button