SIAPAKAH YANG LEBIH PANTAS? NISSAN GT-R KAH? ATAU.. HONDA NSX KAH?

SHARE

Dalam tak sedar Nissan GT-R dah berada dalam pasaran lebih 10 tahun sejak pertama kali diperkenalkan pada 2007. Dan dalam tak sedar juga, tiada kereta Jepun yang dihasilkan dalam 10 tahun ini yang mampu menyaingi GT-R. Ia tetap kereta yang hebat biarpun menggunakan teknologi yanghampir sama sejak sedekad yang lalu.

Hanya beberapa pengubahsuaian dibuat pada bahagian kosmetik dalam dua versi facelift pada 2011 dan 2018. Secara asasnya, ia tetap sebuah kereta yang digeruni lawannya dengan peningkatan kuasa kuda dari 480ps untuk model pengenalan 2007 hinggalah model ulangtahun 2018 yang kini dibekalkan dengan 570ps.

BACA: KENAPA NISSAN GT-R BEGITU BERKUASA?

Jika pada 2007, GT-R bagai tiada lawannya, kini rakan senegaranya sudah menampilkan teknologi sport-hybrid yang disanjung tinggi.

Honda NS-X kini adalah raja bagi kereta sport dari benua Jepun.

Di atas kertas, ia ada 581ps. Terima kasih kepada enjin 3.5 V6 dengan tiga motor elektrik yang serba moden dan canggih. Di atas kertas juga, ia sudah menewaskan GT-R secara pukul rata.

Tapi nanti dulu.

NS-X harga jualannya sekali ganda lebih mahal dari sebuah NIssan GT-R. Malah pengkelasannya juga berbeza. Tapi balik ke persoalan asas. Siapa antara mereka yang lebih berkuasa?

Di UK, Carwow membuat ujian prestasi pada kedua-dua kereta hebat ini. Jika sebelum ini mereka membuat perbandingan antara dua kereta terhebat Honda NSX dan motosikal terhebat Honda CBR, pada kali ini, ujian dibuat pada dua buah kereta pula.

Ujian dibuat pada pecutan dan juga ujian berhenti.

Nah, tengok apa hasilnya?

 

Share this post

scroll to top