SIC PASANG LAMPU LIMPAH. ADAKAH MOTOGP BAKAL DIADAKAN SEBELAH MALAM?

SHARE

Pengurusan Litar Antarabangasa Sepang telah melengkapkan fasiliti pemasangan lampu limpah yang ekstensif menerangi keseluruhan litarnya. Ia menimbulkan spekulasi bahawa litar Malaysia mungkin satu hari mempertimbangkan untuk menukar acara MotoGP dari siang ke sebelah malam.

Buat masa ini, hanya litar Losail sahaja yang menganjurkan perlumbaan MotoGP pada waktu malam.

Maklumat rasmi mengenai sistem pencahayaan akan diumumkan pada bulan Ogos, namun dari beberapa sumber rakan kami mendapayi bahawa SIC kini membuka litar untuk perlumbaan trackday.

BACA: TRACKDAY, SELANGKAH KE DUNIA PERLUMBAAN

Kejohanan seperti Asia F3 dan F4 SEA telah mengadakan ujian persendirian di bawah sinaran lampu baru ini.

Bagaimanapun adalah dipercayai tahap pencahayaan sekarang masih belum memenuhi peraturan litar FIA / FIM yang agak ketat.

Sebagai contoh, kawasan selekoh yang menempatkan taburan batu lazimnya memerlukan lebih banyak pencahayaan, tetapi pencahayaan tambahan itu adalah agak kecil berbanding dengan lampu-lampu yang yang telah dipasangkan.

Desas-desus juga kedengaran di mana pembiayaan projek pencahayaan Sepang dianggap pelaburan baru setelah keputusan SIC utuk tidak meneruskan penganjuran sukan Formula Satu yang mahal.

SUMBER CRASH.NET

Share this post

scroll to top