Buletin

SILUET FASTBACK FERRARI GTC4Lusso

Ferrari baru-baru ini mengumumkan ketibaan model empat tempat duduk terbaharunya, Ferrari GTC4Lusso.

Ferrari-GTC4Lusso-2016-mekanika (7)

Jentera ini direka untuk pelanggan yang mahukan kuasa luar biasa sebuah Ferrari. Tetapi tidak mahu berkompromi dengan keselesaan ruang kabin, sporty dan kemasan yang menakjubkan.

Nama GTC4Lusso merujuk kepada model-model terdahulu seperti 330 GTC, 330 GT dan 250 GT Berlinetta Lusso.

Ferrari-GTC4Lusso-2016-mekanika (4)

GTC4Lusso dikuasakan oleh enjin 12 silinder yang mampu menjana sehingga 690cv @  8,000rpm dan tork 697Nm @ 5,750rpm. Lebih menarik lagi, 80 peratus kuasa itu boleh diperah pada kitaran enjin cuma 1,750rpm.

Dinamik pemanduannya terserlah menerusi sistem pacuan empat roda 4RM Evo yang digabungkan dengan teknologi stereng roda belakang buat pertama kalinya. Hasilnya, pemandu boleh mengharapkan tahap kestabilan dan prestasi yang terbaik.

Ferrari-GTC4Lusso-2016-mekanika (6)

Model ini merupakan hasil rekaan Ferrari Design yang menyerlahkan siluet sebuah jentera fastback.

GTC4Lusso dijangka melakukan debut dunia pada acara Geneva International Motor Show 2016, Mac depan.

Google ads
Back to top button