SINGAPORE MOTORSHOW 2019:VW TIGUAN 2.0 R-LINE BLACK EDITION, MAHAL BETUL HARGANYA

SHARE

Volkswagen Singapura semalam memperkenalkan model Tiguan 2.0 R-Line Black Edition pada acara Singapore Motorshow 2019.

Walaupun namanya Black Edition, SUV itu didatangkan dalam warna putih. Jadi, Black Edition itu bermaksud ia dilengkapi aksesori luaran seperti perumah cermin sisi, spoiler, rim 19-inci, rel bumbung, jalur tepi pintu dan diffuser belakang berwarna hitam.

Ditawarkan pada harga SGD$193,400 (RM580,200) seunit, Tiguan 2.0 R-Line Black Edition menggunakan khidmat enjin 2.0L TSI. Ia mampu menghasilkan kuasa 220PS pada 4,500-6,200rpm dan tork maksimum pada 1,500-4,400rpm.

Kuasa itu kemudian disalurkan ke semua roda (4Motion) menerusi transmisi DSG 7-kelajuan.

Penggunakan kulit Vienna berwarna hitam menyerlahkan sisi mewah Tiguan 2.0 R-Line Black Edition. Bahagian konsol tengah pula dipasang dengan paparan skrin sentuh TFT 9.2 inci dengan sambungan aplikasi dan navigasi binaan dalam, pemain DVD dan slot kad memori SD.

Bukan itu sahaja, bahagian belakang kerusi depan tersedia meja boleh lipat untuk kegunaan penumpang belakang meletakkan barang.

BACA: PANDU UJI: VW TIGUAN HIGHLINE – SUV MEWAH DALAM KELAS TERSENDIRI

Demi keselamatan penumpang, Tiguan didatangkan dengan enam beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP), Sistem Brek Anti Kunci (ABS), bantuan brek, Regulator Anti Slip (ASR), Lock Differential Elektronic (EDL) dan Kawalan Tork Drag Enjin (EDTC), bantuan parkir, Kawalan Kruise Adaptif (ACC), Isofix dan lain-lain.

GALERI

Share this post

scroll to top