Buletin

SIRI JELAJAH MAZDA MEGA SALES DI 1UTAMA

Jika anda merancang membeli sebuah kenderaan Mazda, inilah masa yang terbaik untuk mengunjungi pusat membeli-belah 1Utama.

Bermula mulai semalam hingga 3 Oktober 2016, pengunjung boleh melihat secara dekat semua model Mazda yang ditawarkan oleh pihak Bermaz Motor sekarang. Ini kerana Bermaz Motor sedang menganjurkan Siri Jelajag Mazda Mega Sales di sana.

Mazda-mega-sales-2016-mekanika (1)

Dah nama pun mega sales, mestilah ada tawaran yang menarik kan. Jadi, pelanggan yang membeli mana-mana model Mazda layak menerima hadiah secara serta-merta. Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang memenangi baucar bonanza Mazda bernilai RM10,000!

Kalau menyertai Cabaran Kraf kertas Mazda pula, anda boleh menang banyak hadiah menarik. Bagi memeriahkan lagi suasana, Bermaz ada mempamerkan model Mazdasports Mazda3 buat pertama kalinya.

Semua pemilik kenderaan Mazda akan menerima servis percuma sepenuhnya selama tiga tahun tau 60,000km (mana-mana tiba dahulu), kecuali trak pikap BT-50.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button