Buletin

SIRI JELAJAH TOYOTA WOW KINI KEMBALI

Siri Jelajah Toyota WOW akan kembali tahun ini di Malaysia bersama aksi stunt pemandu berpengalaman serta pelbagai aktiviti menarik.

Toyota-WOW-Road-Tour-2016-mekanika (1)

Sejak diadakan tahun lalu, acara itu berjaya menarik lebih 75,000 orang pengunjung di beberapa lokasi di Semenanjung dan Malaysia Timur.

“Berdasarkan kepada maklum balas memberangsangkan tahun lalu, UMW Toyota Motor mengambil keputusan untuk menganjurkannya sekali lagi. Selain model sedia ada, pengunjung berpeluang untuk  melihat trak pikap Toyota Hilux serba baharu,” kata Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Datuk Ismet Suki.

Toyota-WOW-Road-Tour-2016-mekanika (5)

Dengan tema sukan bermotor, orang ramai boleh melihat sendiri keupayaan Toyota Vios TRD Sportivo melakukan rali di laluan off-road. Bagi mereka yang ingin membeli kenderaan Toyota, jangan lepaskan banyak tawaran hebat yang disediakan.

Siri Jelajah Toyota WOW akan diadakan di enam lokasi berikut pada bulan Mac dan April.

Setia City Convention Centre – 26/27 Mac

Batu Kawah New Township (MJC), Kuching – 2/3 April

Juru Auto City, Pulau Pinang – 2/3 April

Linear Park (berkampiran Aeon Tebrau), Johor Bahru – 9/10 April

Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu – 9/10 April

RTC – Teman, Kota Bharu – 22/23 April

Toyota-WOW-Road-Tour-2016-mekanika (7)

Di setiap lokasi ini, anda berpeluang mengambil bahagian dalam sesi pandu uji dan menang hadiah seperti baucar membeli-belah.

Mereka yang menempah sebuah kenderaan baharu pula berpeluang memenangi sebuah Toyota Corolla Altis 1.8G atau Toyota Vios TRD Sportivo dalam Peraduan Beli & Menang (tertakluk kepada terma dan syarat).

Jadi tunggu apa lagi? Maklumat lanjut, layari laman web: www.toyota.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button