SKANDAL DIESELGATE – VOLKSWAGEN DIDENDA €1 BILION (RM4.7 BILION) DI JERMAN

SHARE

Skandal emisi enjin diesel yang membelenggu Volkswagen memasuki episod baru apabila pengeluar kenderaan berpengaruh Eropah itu didenda sebanyak €1 bilion (RM4.47 bilion) semalam.

Denda yang dikeluarkan oleh pendakwaraya awam Braunschweig, Jerman. Menurut mereka, Jabatan Pembangunan Rangkaian Kuasa Volkswagen dilihat telah melanggar peraturan pemantauan emisi selama bertahun-tahun.

Sebab itulah lebih 10.7 juta kenderaan sudah berada di pasaran dipasang dengan peranti yang rosak. Kereta-kereta tersebut dihasilkan mulai pertengahan tahun 2007 hingga 2015.  Enjin-enjin diesel itu dipasang dengan perisian EA288 (generasi ketiga) dan EA189.

Dalam satu kenyataan ringkas, Volkswagen AG menyatakan bahawa mereka menerima denda tersebut selepas membuat penelitian dan berjanji tidak akan membuat rayuan.

Dengan menerima denda itu, Volkswagen mengaku bertanggungjawab ke atas krisis diesel. Walaupun isu ini dianggap selesai di Jerman, Volkswagen bagaimanapun masih berdepan proseding mahkamah di 55 buah negara masih diteruskan.  

Terdahulu, Volkswagen bersetuju untuk membayar penalti sebanyak AS$4.3 bilion (RM17.1 bilion) di Amerika Syarikat .

Share this post

scroll to top