Buletin

ŠKODA HASILKAN 15 JUTA KENDERAAN SEJAK BEKERJASAMA DENGAN VW

Pengeluar kenderaan dari Republik Chezch iaitu ŠKODA meraikan produksi yang ke 15 juta pada 23 Jun lalu. Menariknya, jumlah itu adalah produksi terkumpul sejak ŠKODA bekerjasama dengan VW pada 1991.

Bermula dari tempoh itu, transformasi ŠKODA bermula dari pemain kecil hingga kepada pengeluar besar dengan produk-produk di lebih 100 pasaran dunia.

Pada tahun 2016 sahaja, ŠKODA telah mencatat rekod jualan baharu sebanyak 1,126,500 kenderaan. Satu pencapaian gemilang apabila ia bermula dengan sebuah model dengan jualan sebanyak 170,000 kenderaan setahun apabila mula-mula bersama dengan kumpulan VW.

Nampaknya, ŠKODA bakal mencatat jualan yang hampir sama dengan tahun lepas apabila setakat Mei tahun ini, mereka sudah berjaya menjual 480,000 kenderaan.

Berikut ialah ringkasan fakta terkini ŠKODA:

Model

  • Tujuh model utama dengan 40 varian
  • Mempunyai produk dalam setiap segmen utama
  • Mula memasuki segmen SUV secara agresif
  • Lancar ŠKODA KODIAQ pada Februari 2017
  • ŠKODA KAROQ pula bakal dilancarkan tidak lama lagi
  • ŠKODA OCTAVIA paling lari – 5.6 juta unit dikeluarkan
  • ŠKODA FABIA pula kedua terlaris dengan 4 juta unit
  • ŠKODA SUPERB lebih dari sejuta unit
  • Punyai kilang di Mladá Boleslav, Kvasiny dan Vrchlabí, Republik Czech
  • Turut guna kilang kumpulan VW di China, India, Rusia dan Slovakia

BACA: KERETA MAHAL, HATI SENANG? INI JAWAPAN TINJAUAN PEMILIK KERETA MEWAH DAN BIASA

Jumlah produksi ŠKODA sejak bergabung dengan kumpulan Volkswagen:

Model Jumlah Produksi Tempoh
FAVORIT 768,690 1991 – 1995
FELICIA 1,401,489 1994 – 2001
OCTAVIA 5,618,597 1996 – kini
FABIA 4,004,569 1999 – kini
SUPERB 1,026,055 2001 – kini
ROOMSTER 371,503 2006 – 2015
YETI 659,631 2009 – kini
CITIGO 222,127 2011 – kini
RAPID 892,732 2011 – kini
KODIAQ 34,607 2016 – kini
                                     15,000,000       1991 – kini
Google ads
Back to top button