ŠKODA Kodiaq vRS, ADAKAH INI SUV ATAU KERETA SPORT?

SHARE

Sebelum ini ŠKODA Kodiaq menerima perhatian meluas oleh netizen tempatan dek kerana namanya yang mirip sebuah daerah di Kedah. Selain daripada nama unik ada suatu yang istimewa tentang SUV ini.

ŠKODA bukan sekadar mahu membina sebuah SUV untuk mengangkut penumpang tetapi membawanya dengan pantas.

Hasilnya ialah SUV berprestasi tinggi iaitu ŠKODA Kodiaq vRS. Tidak pasti sama ada Kodiaq vRS ini mempunyai saingan atau tidak, setakat yang diketahui Volkswagen, Honda, Ford, Mazda, Toyota, Kia atau Hyundai tidak mempunyai varian seumpamanya.

Mungkin contoh paling dekat ialah Range Rover SVR dengan enjin 5.0 liter V8 Supercaj berkuasa 575 ps dan 700 Nm tork.

Satu lagi perkara menarik tentang Kodiaq vRS ialah ia dilengkapi enjin diesel yang dikatakan paling berkuasa untuk jenama ŠKODA. Tiada data rasmi mengenai output kuasa kecuali 240 ps dan ini belum lengkapi selagi angka tujahan tidak didedahkan.

SUV berprestasi ini bakal dipertonton kepada umum pada Pameran Kenderaan Paris awal bulan Oktober.

Kodiaq vRS tampil dengan beberapa perubahan luar dan dalam berbanding varian standard.

Identiti Kodiaq vRS boleh dikenali melalui rekaan bamper baharu dan warna badan Race Blue metalik serta hitam kilat pada bahagian rel bumbung, bingkai tingkap dan cermin sisi.

SUV ini juga adalah model pertama yang menggunakan logo vRS baharu iaitu huruf v berwarna merah pada gril dan pintu kargo belakang.

Perbezaan lain ialah roda aloi 20 ince dan cakera brek 17 ince dengan angkup berwarna merah terang.

Bahagian dalaman pula lebih menggagumkan. Tiada lagi kerusi biasa yang digantikan dengan kerusi sport balutan Alcantara ala kereta lumba. Sokongan bahagian peha dibaluti kulit gentian karbon sama seperti perehat lengan di tengah dan pada pintu.

Satu lagi kegilaan Kodiaq vRS ialah SUV ini sebenarnya mempunyai tujuh tempat duduk! Ini bukan SUV biasa-biasa bang!

BACA: ŠKODA FABIA DAN ALKISAH TIGA KETURUNANNYA

BACA: SKODA FABIA R5 – KECIL-KECIL CILI API

Share this post

scroll to top