SKUTER 3 RODA ADIVA AD3 AKAN DILANCARKAN MINGGU HADAPAN

SHARE

Awal tahun lalu, satu sesi pra-tonton telah dibuat pada skuter tiga roda ini – Adiva AD1 3W 125/200, AD2 400 dan AD3 400. Waktu itu ia dipertontonkan oleh DNC Asiatic, pengedar motosikal Demak dan MV Agusta. Diberitahu juga, Adiva akan masuk ke pasaran Malaysia pada penghujung tahun ini.

Memandangkan Demak sudah menarik diri dalam pasaran, berita mengenai Adiva terus sepi sehinggalah semalam, kami mendapat jemputan untuk pelancaran Adiva AD3-400, model flagship 400cc, skuter dengan tiga roda.

BACA: DEMAK TUTUP OPERASI DI MALAYSIA

Jemputan itu datangnya dari Eurotech manufacturer yang berpusat di Jitra Kedah. Erutotech ialah syarikat sama yang memasang motosikal KTM versi CKD yang terletak di Darulaman Industrial Estate, Bandar Darulaman.

Ini bermakda Adiva sudah berada di bawah payung yang baru.

APA YANG MENARIK?

Ia mungkin sesuatu yang baru untuk pasaran tempatan. Idea membawa masuk jenama dari Itali ini mungkin satu perjudian berani oleh pengedarnya. Seperti yang kita ketahui, pasaran motosikal dengan konsep begini sangat kecil, sama seperti Piaggio MP3 tak lama dahulu.

Jenama premium seperti Can-Am menerusi model Spyder juga akhirnya gulung tikar.

Tapi jika dibandingkan dengan skuter Piaggio MP3, Sistem binaan Aduva lebih kompleks. Terutamanya suspensi hadapan yang memegang sepasang roda bersaiz sama

Adiva menggelarnya suspensi Independent Quatro Wishbone yang mana ia mengekalkan deria pengendalian yang hampir sama dengan sebuah motosikal.

Mungkin yang paling unik ialah rekaan “bumbung” yang boleh melindungi penunggang dari panas dan hujan. Menariknya, bumbung ini boleh dilipat dan disimpan dalam ruang belakang. Ruang belakang juga berfungsi sebagai tempat simpanan barang yang boleh memmuatkan sebuah beg bersaiz kabin.

Adiva AD3-400 ini dikuasakan oleh enjin 400cc selinder tunggal sejukan cecair 37hp.

BERAPAKAH HARGANYA?\

Soalan menarik. Berapa yang anda sanggup bayar untuk sebuah skuter 400cc, tiga roda berbumbung?

Perbandingan paling hampir yang boleh dibuat ialah Kymco Xciting 400 yang berada dalam lingkungan RM28,000 – Taiwan

Atau Suzuki Burgman 400 ABS pada harga RM48,000 – Jepun

Pada awal tahun lalu, sewaktu Adiva AD3-400 ini dipertontonkan pertama kali oleh DNC Asiatic, mereka pernah memberi indikasi bahawa harganya akan berada pada paras bawah RM40,000.

Salah seorang pengedar KTM telah mula mengiklankan motosikal ini dengan tanda harga RM3X,XXX.

Apa pendapat anda?

GALERI

Share this post

scroll to top