SOMPO MOTOR – TAWAR PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF

SHARE

Penyedia insurans am terkenal di Malaysia,  Berjaya Sompo Insurance Berhad (Berjaya Sompo) hari ini memperkenalkan insurans kenderaan yang lebih komprehensif.

Dikenali sebagai SOMPO Motor, insurans kenderaan itu ditawarkan bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah. Selain selari dengan liberalisasi tarif insurans kenderaan yang terkini di Malaysia.

SOMPO Motor dapat mengurangkan kos tanpa perlu melalui proses rumit untuk memilih perlindungan tambahan. Ia juga hadir dengan perlindungan bagi memberikan ketenangan minda kepada pemandu.

Ini termasuklah perlindungan lebih baik untuk kenderaan lama dan perlindungan penuh terhadap bencana alam.

Faedah asas yang baru dalam SOMPO Motor:

  1. Perlindungan khas kemalangan, di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM10,000 atau 20% daripada jumlah yang diinsuranskan, yang mana lebih rendah,
  2. Perlindungan untuk semua pemandu,
  3. Waranti baik pulih selama 12 bulan,
  4. Kos menunda kenderaan kecemasan RM300 akibat kemalangan.

SOMPO Motor memudahkan pengguna untuk memilih perlindungan tambahan yang biasanya disediakan oleh insurans kenderaan peribadi dengan memasukkannya ke dalam faedah asas.

“Kami amat mengalu-alukan pelaksanaan liberalisasi tarif insurans kenderaan kerana ia membolehkan Berjaya Sompo bersaing secara sama rata menerusi SOMPO Motor. Dengan adanya produk ini, tumpuan utama kami adalah untuk meningkatkan tahap ciri serta perkhidmatan asas.

“Kami mahu memastikan bahawa kami mempunyai produk yang amat berguna dan berfaedah untuk para pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Pengedaran Berjaya Sompo, Stuart Chua.

Para pengguna juga boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan tambahan seperti perlindungan penuh khas kemalangan, kos menarik kenderaan tanpa had di seluruh Malaysia dan pengecualian caj penambahbaikan untuk kenderaan sehingga 15 tahun.

Satu lagi ciri baharu SOMPO Motor, ia memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih Voluntary Excess bagi sesebuah polisi, antara 0% hingga 3% daripada jumlah yang diinsuranskan.

Voluntary Excess membolehkan pengguna membayar dengan wang sendiri sehingga 3% bagi setiap tuntutan untuk mengurangkan bayaran premium insurans setiap bulan.

Bukan itu sahaja, Berjaya Sompo turut menjalin kerjasama dengan jenama kenderaan terkenal seperti Honda Malaysia, Bermaz Motor (Mazda) dan Edaran Tan Chong Motor (Nissan) untuk menyediakan pakej insurans secara bundle yang disesuaikan mengikut keperluan pemilik kenderaan.

Share this post

scroll to top