Buletin

SPESIFIKASI RASMI PROTON X-70 TERDEDAH. DILANCARKAN RASMI MALAM INI

Menjelang perasmian secara langsung Proton X70 pada malam ini, brosur bagi model SUV pertama Proton mula tersebar. Ia memaparkan EMPAT varian utama yang akan diumumkan harganya secara rasmi malam nanti

Biarpun tanpa harga pengenalan, Lebih 10,000 unit SUV ini telah ditempah setakat ini. Ia menjadikan model ini antara yang paling mendapat sambutan sejak tempahan dibuka pada lewat September yang lalu.

Berikut ialah spesifikasi X70 mengikut EMPAT varian utama;

STANDARD 2WD

  • Enjin 1.8 liter TGDi, enam kelajuan
  • 6 SRS beg udara
  • Lampu halogen
  • Rim aloi 17 inci
  • Sistem audio dengan skrin 8 inci
  • Kamera undur
  • Sistem pembersihan udara air purifier
  • Warna – Snow White & Armour Silver

EXECUTIVE 2WD 

  • Tambahan dari spesifikasi STANDARD
  • Lampu hadapan LED dengan DRL
  • Rim aloi 18 inci
  • Kerusi bersalut kulit
  • kerusi pemandu boleh laras elektrik
  • Kamera panoramik 360
  • Warna – Snow White, Armour Silver, Jet Grey & Cinnamon Brown.

EXECUTIVE AWD 

  • Tambahan dari spesifikasi EXECUTIVE 2WD
  • Pacuan semua roda
  • TPMS (Tyre Pressure Monitoring System)
  • Warna – Snow White & Jet Grey.

PREMIUM 2WD 

  • Tambahan dari spesifikasi EXECUTIVE AWD
  • Advance Driver Assistance System
  • Kerusi salutan kulit Nappa
  • Kerusi pemandu & penumpang boleh laras elektrik
  • Rim aloi 19 inci
  • Warna – Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown & flame Red.

Berdasarkan foto brosur ini juga, susunan spesifikasi Proton X70 nampaknya mirip kepada Honda CR-V di mana Honda Malaysia turut meletakkan varian 2WD sebagai model paling tinggi (1.5 TCP)

Kini hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan tahu berapa sebenarnya harga jualan X-70 ini. Kami akan kemaskini maklumat sebaik sahaja Proton mengumumkan harga X-70.

KEMASKINI: PROTON X70 DILANCARKAN, BERMULA RM99,800

GALERI

Google ads
Back to top button