SPYSHOT: BAJAJ PULSAR RS200 – ADAKAH INI UNIT UJIAN DARI MODENAS?

SHARE

Terima kasih kepada saudara Mohd Alif dari Pulau Pinang yang sudi berkongsi imej yang dirakam beliau di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Alor Setar. Ini adalah imej yang sempat beliau rakam – Bajaj Pulsar RS200 yang sedang ditunggang tanpa sebarang pelekat penyamaran.

Bagi peminat motosikal, sudah tentu ia menarik perhatian kerana Bajaj tidak ada pengedar rasmi di Malaysia dan kehadiran unit ini sudah tentu menimbulkan tandatanya. Apalagi dengan khabar angin Modenas yang akan mendapat rakan strategik baru.

Minggu lalu, Modenas telah melancarkan Kriss MR2 dan dalam sidang media tersebut, Dato Abdul Harith Abdullah Ketua Pegawai Operasi untuk Pengedaran Automotif dan Pertahanan bersama CEO Modenas, Encik Amiruddin Abdul Kadir memberitahu media mereka bakal mengumumkan rakan strategik baru tak lama lagi.

Tak lama selepas itu, terdengar desas-desus kuat bahawa rakan teknikal mereka ialah Bajaj Auto dari India. Jika telahan ini benar, unit motosikal dalam foto spyshot ini berkemungkinan besar adalah produksi penuh dari Modenas.

BACA: BAJAJ AUTO RAKAN MODENAS? SIAPA BAJAJ?

Adakah ini model yang akan dipasarkan di bawah lencana Modenas? Mungkin Ya atau mungkin Tidak. Jika kerjasama Modenas-Bajaj mirip kepada Modenas-Kymco, berkemungkinan ia akan dipasarkan seperti Elegan 250 dan Downtown 250.

Kita tidak akan tahu sehinggalah Modenas mengumumkan secara rasmi siapa rakan teknikal mereka dan bagaimana kerjasama itu akan dibuat.

Apapun, model Bajaj RS200 ini adalah model yang boleh dikatakan kurang pesaing dalam kategorinya. Modenas mungkin terpaksa menyusun semula projek supermoped 150CC kerana persaingan yang semakin sengit (Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, Benelli RFS150i) dan Bajaj RS200 ini mungkin produk terdekat yang berpotensi dijual.

Masih ingat dengan Modenas Jaguh? Ia jadi fenomena ketika dilancarkan kerana pasaran tersebut walaupun kecil, ia tiada saingan. Kami rasa, strategi RS200 ini juga berdasarkan pengalaman mereka dengan Jaguh 175cc.

RS200 adalah rangkaian street Bike Bajaj paling popular. Motosikal ini dikuasakan oleh enjin empat lejang satu selinder 195.5cc dengan 24.5 kuasa kuda. Ia enjin suntikan bahanapi elektronik dengan tiga palam pencucuh dan tangki bahanapi berkapasiti 13 liter.

Jadi, apa kata anda?

GALERI BAJAJ RS200

(Visited 933 times, 15 visits today)

Share this post

scroll to top