SPYSHOT: ERTIGA – MPV 7 TEMPAT DUDUK TERBARU PROTON

SHARE

Mungkin ditakdirkan minggu ini anda akan menerima banyak berita tentang Proton. Semalam, kami baru pulang dari menguji pandu Proton Persona dalam satu sesi bersama media, hari ini tersebar banyak foto risikan Proton Saga baru. Sebenarnya, tidak jadi risikan juga lah kalau gambar dah banyak bersepah, tapi kami susun supaya anda senang tengok dan berangan nak beli.

Hari ini kami terima satu set foto yang dihantar pembaca mekanika. Proton Ertiga, sebuah MPV yang diperolehi menerusi kerjasama bersama Suzuki ini akan dipasang di kilang Proton menjadikannya model keempat akan dilancar pada tahun ini. Kelam kabut juga nak lancar semua kereta dalam masa 6 bulan. Tapi Proton terpaksa lalui semua ini untuk kekalkan momentum pasaran mereka.

proton ertiga (1)

Kami pernah siarkan Proton Ertiga yang dikhabarkan mula dieksport dari Kilang Suzuki Indomobil (SIS) Cikarang, Jawa Barat Indonesia. Menurut sumber media Indonesia, sebanyak 1,500 unit akan dieksport sebagai permulaan.

MPV 7 tempat duduk ini akan berada 1 segmen di bawah Proton Exora. Setakat hari ini, belum ada berita tentang penggantian Exora, jadi kita boleh jangka yang Proton akan melihat terlebih dahulu potensi Ertiga ini secara keseluruhan.

proton ertiga lagi (2)

Proton dikatakan akan menggunakan nama sama bagi model ini, Ertiga. Ia dikuasakan oleh enjin 1.4liter, 95ps dengan tork 130Nm. Kapasiti tangkinya ialah 45 liter dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan dan 4 kelajuan automatik.

Jika diperhatikan pada ruang kokpit Ertiga ini, ia nampak pindahan terus Suzuki kepada Proton. Ia memang spesifikasi Ertiga yang terdapat dalam varian Sporty dan Elegan di Indonesia. Perubahan hanya di bahagian roda stereng pada logo dan model spyshot ini adalah versi manual dengan gaiter gear pada bahagian lantai.

proton ertiga (3)

Ertiga ditampung oleh suspensi jenis McPherson di depan dan torsion beam di belakang dengan rim 15 inci dan tayar 185/65/15. Dari segi saiz pula, panjang Ertiga ialah 4265mm X 1695mm lebar X 1685mm tinggi. Sebagai perbandingan, saiz Exora 327mm lebih lebar, 114mm lebih panjang dan 6mm lebih tinggi.

Jelas ia lebih kecil dari Exora, namun, jika dibandingkan dengan Perodua Alza, Ertiga lebih lebar dan tinggi. Ertiga 60mm lebih lebar, namun berkepanjangan sama dengan Alza akan tetapi 65mm lebih tinggi berbanding Alza.

proton ertiga lagi (3)

Ia mungkin untuk pasaran keluarga kecil. Pasangan muda yang inginkan sebuah kenderaan bersaiz 7 tempat duduk yang kompak. Dewasa ini, pasaran MPV tidak serancak dulu, namun kita tidak tahu dengan kehadiran model baru ini akan mengubah keadaan atau sebaliknya.

Jadi berapa harga yang sepatutnya dijual? Exora bermula dengan harga RM67K. Kami rasa harga paling sesuai ialah di bawah RM50K. Mungkin bermula RM42K untuk varian asas dengan transmisi manual. Apa kata anda?

 

proton ertiga lagi (1)proton ertiga (4)proton ertiga (3)proton ertiga lagi (3)

 

(Visited 248 times, 4 visits today)

Share this post

scroll to top