SPYSHOT: KELIBAT YAMAHA MT-15 SEDANG DIUJI. INI VERSI NAKED YAMAHA R15

SHARE

Dalam satu imej yang disiarkan oleh laman sosial facebook milik M Nashrul Aziz, kelihatan imej model naked Yamaha 150 (facelift Yamaha M-Slaz). Apa yang lebih menarik, ada desas-desus yang menyebut bahawa Yamaha akan menamakan semula motosikal ini sebagai Yamaha MT-15.

Ia mungkin tidak popular di Malaysia kerana bagi kategori enjin 150cc Yamaha, model Y15ZR jauh lebih popular. Kembar terdekatnya pula, FZ150i juga tidak mampu menyaingi Y15ZR dari segi jualan, biarpun terlebih dahulu menjengah pasaran.

MT-15 ini secara asasnya merupakan model YZF-R15 namun dilahirkan dalam versi naked.

Kalau begitu, sama sahajalah dengan FZ150 kan?

Tidak juga, sebab MT-15 model ini sepatutnya di datangkan dengan spesifikasi enjin lebih tinggi, VVA misalnya. Dan tak dilupakan, ia datang dengan suspensi jenis USD.

BACA: HLYM LANCAR R15. RM12K

Model 2019 Yamaha MT-15 ini dilaporkan akan menerima peningkatan mekanikal sebagai tambahan kepada perubahan kosmetik. Reka bentuk model kembar Yamaha M-Slaz ini mirip dengan bahasa reka bentuk generasi baru MT-series.

Motosikal itu menerima reka bentuk semula dengan kluster lampu hadapan ‘dragonfly‘ yang baru, tangki bahan api yang direka bentuk semula dengan kemasan aerodinamik, dan ekor yang diturunkan dengan pelana satu posisi.

Dikatakan juga, berkemungkinan besar ia akan berkongsi komponen seperti suspensi, kerangka, dan roda dengan model M-Slaz semasa. Tidak mustahil juga menggunakan 155 cc, enjin bersumber Yamaha R15 V3.0 dengan VVA.

Enjin R15 merupakan enjin satu selinder, suntikan bahanapi yang berupaya menghasilkan 19 bhp kuasa dan 14.8 Nm tork yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

Persoalan yang biasanya kami tahu akan ditanya ialah;

Adakah akan masuk ke pasaran Malaysia?

Mengikut firasat kami, kemungkinannya tiada. Maksudnya, tiada langsung. Ia mungkin khusus untuk pasaran motosikal yang sangat besar seperti Indonesia yang menjual lebih enam juta motosikal setahun.

Tidak untuk pasaran sekecil Malaysia yang hanya menjual sekitar 500,000 unit setahun.

Logiknya begitu kerana buat masa ini pun, Hong Leong Yamaha Malaysia sendiri sudah ada varian bagi setiap kategori. Y15ZR untuk moped, FZ150i untuk naked dan yang terbaru R15 untuk sport.

 

Share this post

scroll to top