BuletinSpyshot

SPYSHOT: MODEL TERBARU SUZUKI JIMNY 2019

Semalam, tersebar gambar di laman web dan twitter model SUV kecil Suzuki Jimny di Jepun. Dipercayai sedang dalam proses persediaan untuk penilaian kakitangan bahagian pemasaran.

Suzuki Jimny merupakan kendaraan SUV yang diproduksi oleh perusahaan Jepun, Suzuki sejak tahun 1968 untuk pasaran global. Ia mula diperkenalkan sebagai model 1970 dan walaupun sudah berusia lebih 50 tahun, JImny baru bereolusi dalam empat generasi sahaja.

Dan rekabentuknya masih mengekalkan ciri-cirinya yang asal, klasik bersegi dan masih kekal seingga ke hari ini dibina di atas pelantar ladder frame.

Ini adalah model 2019 yang merupakan model gantian sepenuhnya generasi ketiga. Tidak seperti model-model Jepun yang biasa digantikan setiap lima tahun, JImny mengambil putaran masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Model pertamanya dikeluarkan pada 1970-1981, model kedua yang paling lama iaitu dari 1981 hingga 1998.

Generasi ketiga pula dipruduksi dari tahun 1998 hingga tahun ini 2018.

Foto spyshot ini pula ialah model generasi keempat yang dijangka akan diperkenalkan pada hujung tahun ini. Ia akan memasuki pasaran global sebagi model 2019.

BACA: SUZUKI JIMNY MODIFIKASI PIKES PEAK

Tiada aspek teknikal yang diketahui namun seperti lazimnya, Jimny didakwa masih menggunakan enjin kecil yang asas

Kuasa dijangka datang dari enjin petrol petrol bersesaran 1.2 liter N/A dan juga opsyen enjin tiga silinder turbocharged ‘Boosterjet’ 1.0 liter untuk beberapa pasaran negara khusus.

Jika melihat pada model terkini, ia mempunyai output maksimum 110 kuasa kuda dan tork 170 Nm.

Google ads
Back to top button