SPYSHOT: NISSAN SERENA C27 SEDANG DIUJI, BAKAL DILANCARKAN TAHUN INI?

SHARE

Kami menerima foto intipan sebuah MPV yang sedang diuji di Kuala Lumpur. Seperti yang anda lihat, ia dipasangkan dengan pelekat penyamaran hijau pada badan kenderaan berwarna putih.

Melihat pada proposisi badan, ia jelas sebuah Nissan Serena, MPV kelas pertengahan model terbaru dikenali dengan kod model C27.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

BACA: NISSAN SERENA NISMO!

Serena merupakan MPV tujuh tempat duduk dalam kelas pertengahan yang kini bersaing bersama Mazda BIante. Di negara kelahirannya, ia turut berkongsi pasaran dengan Toyota Voxy/Noah/Esquire dan juga Honda Stepwgn.

Jika mengikut kepada pasaran Jepun, model C27 ini masih menggunakan nadi penggerak dari C26 iaitu empat selinder S-Hybrid MR20DD 2.0 liter CVTC. Ia mampu menghasilkan sehingga 147 PS pada 5,600 rpm dan tork  210 Nm pada 4,400 rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi automatik Xtronic CVT dan digabungkan dengan motor elektrik ECO yang mengawal fungsi Start/Stop dan juga bertindak sebagai pengagih elektrik. 

Motor elektrik berkuasa 1.8 kW/200 A ini berupaya “membantu” menghantar tork dengan tambahan 50Nm.

Kami tidak menerima gambaran bahagian dalamannya, namun untuk pasaran Jepun, ia dilengkapi dengan sistem ProPILOT. Ia membantu kenderaan sebagai sokongan pemanduan dengan fungsi seperti pengawal pendikit automatik. Begitu juga kawalan automatik pada brek, dan stereng.  

Dengan persaingan yang kecil, model sebelum ini (C26) mendapat pasaran yang agak baik. Ketika dilancarkan, ia adalah kenderaan hybrid pertama yang diperkenalkan Nissan di pasaran tempatan.

Edaran Tan Chong Motor telah memperkenalkan Nissan Serena generasi S-Hybrid pertama kali pada tahun 2014 menerusi model CBU penuh dari Jepun.

BACA: NISSAN SERENA AUTECH YANG SPORTY

Ketika dilancarkan, ia dijual pada harga RM149,500 dan pada penghujung tahun yang sama, Serena mula dipasang secara CKD di kemudahan pemasangan Nissan di Serendah dan dijual pada harga bermula RM133,800.

Menurut sumber yang rapat dengan ETCM memberitahu kami, Serena ini akan dilancarkan pada tahun ini. 

Jadi kepada anda yang sedang berkira-kira untuk membeli MPV bersaiz penuh tujuh tempat duduk, bolehlah bersabar menunggu dan lihat apa spesifikasi yang ditawarkan nanti untuk pasaran Malaysia.

 

Share this post

scroll to top