BuletinSpyshot

SPYSHOT: TOYOTA CAMRY BAHARU 2018

Tahun lepas, bertempat di Detroit Motor Show, Toyota telah melancarkan Toyota Camry generasi terbaru. Tak lama kemudian, ia disusuli oleh pasaran Jepun dan juga Eropah. 

Pun begitu, kebanyakan negara Asia Tenggara masih belum menerima model ini, termasuklah Thailand. Baru-baru ini, laman web Chobrod.com dari Thailand berjaya merakam model XV60 tersebut sedang diuji.

Model semasa sekarang (XV50) sudah pun berada di pasaran hampir enam tahun, menandakan model gantiannya akan tiba bila-bila masa sahaja. 

Walaupun dibalut dengan pelekat samaran hampir di seluruh bahagian, tidak susah untuk mengenal rekabentuk Camry baru ini

Berbeza dengan generasi-generasi sebelumnya, mulai generasi VIII ini Toyota mengambil jalan untuk menggunakan strategi “one Camry” untuk seluruh pasaran.

Jika dahulu Toyota Camry versi Amerika dan Australia memiliki rekabentuk berbeza dengan model dijual di pasaran Asia Tenggara, kini penampilannya hampir sama dengan hanya sedikit penyesuaian.

Toyota Camry 2018 dibina mengunakan platform baru TNGA, sama seperti yang digunakan oleh Prius generasi baru, C-HR dan Corolla Hatchback a.ka Auris, Corolla Sport dan Crown yang dilancarkan baru-baru ini.

Toyota menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan tanpa mengorbankan keselesaan.

Bagi enjin pula, ia dikatakan akan menggunakan unit  A25A-FKS 4 silinder 2.500 cc, lengkap dengan teknologi VVT-iE. Dinamakan “Dynamic Force” kerana keupayaannya menghasilkan 205 kuasa kuda dan tork 252 Nm.

Sementara, transmisi akan menggunakan Direct Shift 8-speed AT dengan pilihan mod manual.

Sepertimana model-model lain, turut tersedia ialah versi hybrid dengan enjin A25A-FXS yang berkuasa 178 kuasa kuda yang dibantu sebuah motor elektrik berkuasa 120 kuasa kuda serta dilengkapi transmisi CVT 6-speed Sequential Shift.

Menurut laman web Chobrod.com juga Toyota Camry 2018 akan hadir dengan peranti keselamatan lengkap Toyota Safety Sense. Termasuk sistem pengesan pejalan kaki dan kemampuan menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan.

Waktu pelancarannya belum diketahui, namun dijangkakan pada awal tahun depan di Thailand dan Malaysia bakal menyusul selepas itu.

GALERI

 

Google ads
Back to top button