BuletinMotosikal

SPYSHOT: “ULTIMATE S1000RR” BMW HP4 KARBON DIUJI DI SELATAN SEPANYOL

BMW mungkin baru sahaja menceburi segmen motosikal sport, mereka sebenarnya lebih dikenali sebagai pembuat motosikal kembara berbanding sportbike. Namun apabila S1000RR diperkenalkan pada 2009, semuanya berubah. Majoriti pembuat motosikal Jepun tersentak melihat apa yang boleh dihasilkan oleh BMW – walaupun mereka tak berlumba pun dalam MotoGP.

S1000RR menjadi taruhan BMW dan kemudiannya HP4 diperkenalkan tahun berikutnya. Model tingkattaraf dengan suspensi DDC, ekzos Akrapovic dan gentian karbon ini dikeluarkan dalam edisi terhad. Pun begitu, ia masih sebuah model yang boleh anda beli dan boleh dipandu di jalanraya awam.

Walaupun merupakan satu-satunya motosikal sport BMW, ia tetap diperbaharui. Pada pameran EICMA tahun lepas, BMW Motorrad mempamerkan HP4 RACE, jelas, ia tentang kombinasi karbon yang banyak. Beberapa hari lepas, sebuah laman web motosikal di UK – morebike mendapat foto risikan HP4 Race sedang diuji di sebuah litar di Sepanyol.

Sewaktu dipertontonkan pada pameran EICMA, Tiada spesifikasi rasmi yang diumumkan, namun berdasarkan foto, ia jelas menampilkan penggunaan kerangka asas karbon, roda depan dan belakang dan juga keseluruhan binaan badan. Bahagian yang tidak karbon cuma tinggal tangki minyak dan lengan ayun belakang.

HP4 RACE ini dipasangkan dengan ekzos Akraporvic manifold titanium, paip Y dan peredam bunyi karbon. Peralatan elektronik, pengendalian dan suspensi dijangka akan mengekalkan spesfikasi HP4 namun tidak diketahui samada ia model homolagasi perlumbaan atau jalanan kerana ia tidak ada lampu hadapan dan belakang, isyarat membelok dan cermin sisi.

Ia dikatakan akan dibina dengan tangan dan akan dipasarkan pada pertengahan tahun ini.

SUMBER MOREBIKES

EICMA 2016: HONDA RETRO CB1100 TR

EICMA 2016: DUCATI MONSTER 797

EICMA 2016:: KTM DUKE 790 PROTOTYPE

EICMA 2016:: BMW GS310, GS TERMURAH

Google ads
Back to top button