Buletin

STOK BANYAK DARI JEPUN, TEMPOH MENUNGGU TOYOTA HARRIER KINI LEBIH PENDEK

Sejak pelancaran rasminya Januari lalu, Toyota Harrier mendapat permintaan yang sangat menggalakkan.

Setakat ini, UMW Toyota Motor telah menyerahkan 500 unit model terbabit kepada pelanggan di seluruh Malaysia. Namun dengan senarai tempahan yang panjang, tempoh menunggu juga menjadi lebih lama.

 

Kini, dengan kerjasama Toyota Motor Corporation dalam menambah jumlah bekalan Harrier dari kilang pengeluarannya di Jepun, lebih banyak stok akan tersedia. Maka tempoh menunggu dapat disingkatkan.

“Kami sedar para pelanggan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kenderaan mereka. Permintaan di peringkat global terhadap Harriersangat memberangsangkan sejak awal pengenalannya.

“Di Malaysia, permintaannya semakin meningkat sepanjang tempoh tiga bulan cuti cukai yang lalu. Kadar pengeluaran di Jepun kini mampu untuk menampung lebih banyak permintaan. Kami akan menerima lebih banyak unit Harrier untuk diserahkan kepada pelanggan,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Dijual pada harga RM243,000 (pendaftaran Semananjung Malaysia dengan SST, tanpa insurans), Harrier terkini ditawarkan dalam dua varian — Premium dan Luxury.

Kedua-duanya menggunakan enjin petrol 2.0 liter empat-silinder generasi terbaru dengan pengecas turbo twin scroll, pancitan terus bahan api D-4ST dan VVT-iW (Variable Valve Timing-intelligent Wide) untuk janaan kuasa yang tinggi dan penjimatan bahan api.

Harrier juga dilengkapi pakej Toyota Safety Sense, set komprehensif sistem keselamatan aktif yang pertama kali ditawarkan pada model Toyota di Malaysia. Ia merangkumi termasuk ciri-ciri seperti Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Jelajah Adaptif, Sistem Pengekalan Lorong, Amaran Peralihan Lorong dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif.

Ciri keselamatan lain termasuklah kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), Hill-start Assist Control (HAC), isyarat berhenti kecemasan, brek parkir elektronik + Auto Brake Hold serta sensor parkir dengan kamera undur.

Empat pilihan warna ditawarkan iaitu biru, putih mutiara, hitam mutiara dan perak metalik. Harrier didatangkan dengan jaminan selama lima- tahun tanpa had perbatuan. Untuk ketenangan fikiran, semua alat ganti dan servis akan disediakan di semua cawangan pengedar sah Toyota seluruh negara.

Toyota kini sedang mengadakan promosi “All About The Drive Bonanza” hingga hujung tahun ini.

Bagi yang ingin memiliki Harrier baru, mereka akan berpeluang untuk memenangi pakej percutian dan MPV kompak Toyota Sienta. Maklumat lanjut, sila layari laman web:  www.toyota.com.my.

Google ads
Back to top button